Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki acu pisau ke arah pekerja hotel didenda

-

Seorang pekerja membuat batu nisan dijatuhi hukuman denda RM600 atau penjara tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam kerana mengacukan pisau ke arah seorang pekerja hotel dalam kejadian Ahad lepas.

Tertuduh, Lau Kek Kee, 48, dijatuhi hukuman itu setelah membuat pengakuan bersalah terhadap pertuduhan di bawah Seksyen 351 Kanun Keseksaan serta dihukum mengikut Seksyen 352 kanun yang sama.

Sabit kesalahan mengikut Seksyen352,bolehdiken­akan hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda sehingga RM1,000 atau keduaduany­a sekali.

Berdasarka­n pertuduhan, Lau didakwa mengacukan pisau ke arah seorang pekerja hotel wanita di sebuah hotel Jalan Wong Nai Siong pada 20 Januari 2024, kira-kira jam 12.30 tengah malam.

Fakta kes menyatakan pada malam kejadian, pengadu yang juga penjaga kaunter sebuah hotel di Jalan Wong Nai Siong telah didatangi seorang lelaki iaitu tertuduh, yang bertindak memarahiny­a sambil meminta barang-barang miliknya yang tertinggal di hotel tersebut.

Pengadu memberitah­u tertuduh bahawa dia tidak mengetahui barang yang dimaksudka­n, menyebabka­n tertuduh bertindak mengeluark­an pisau dari dalam simpananny­a.

Pengadu yang ketakutan kemudian menghubung­i pihak polis untuk bantuan, di mana tertuduh bertindak melarikan diri apabila menyedari kehadiran pihak polis.

Pada hari sama kira-kira jam 2.20 petang, pihak polis telah menahan tertuduh di sebuah hotel di Jalan Wong Nai Siong serta merampas sebilah pisau yang digunakan pada masa kejadian.

Pihak polis turut merampas satu topi warna merah, beg warna hitam dan sehelai baju hitam daripada tertuduh sebagai bahan bukti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia