Utusan Borneo (Sarawak)

Kapal tunda, tongkang ditahan di Kuala Kemena

Kedua-duanya disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud Pengarah Zon Maritim Bintulu

Kesemua kru yang diperiksa mempunyai permit kerja berdaftar di atas kapal yang sah. Terdapat muatan disyaki batuan ditemui di atas tongkang semasa pemeriksaa­n dilakukan.

BINTULU: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Bintulu telah menahan sebuah kapal tunda dan tongkang yang sedang melakukan aktiviti pemindahan muatan batu pada jarak 2.9 batu nautika dari barat Kuala Kemena Bintulu sekitar jam 4 petang Isnin lalu.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kapten Maritim Mohd Iszuadi Mohamad Hassan berkata, kapal tunda dan tongkang tersebut telah ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di

bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 iaitu tidak memaklumka­n secara bertulis kepada pendaftar kapal berhubung pertukaran nama pemilik atau nakhoda.

Beliau berkata, hasil

pemeriksaa­n dan penggeleda­han mendapati enam kru termasuk nakhoda kesemuanya lelaki terdiri daripada warga tempatan dan warganegar­a India, berusia antara 21 hingga 56 tahun, berada di atas kapal tunda terbabit.

“Kesemua kru yang diperiksa mempunyai permit kerja berdaftar di atas kapal yang sah. Terdapat muatan disyaki batuan ditemui di atas tongkang semasa pemeriksaa­n dilakukan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Katanya, kesemua kru berserta kapal tunda dan tongkang telah diiringi ke Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 yang memperuntu­kkan hukuman denda jika sabit kesalahan,” jelasnya.

Justeru katanya, APMM sentiasa mengingatk­an kepada semua komuniti maritim supaya mematuhi segala peraturan dan undang-undang sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut.

“Sebarang aduan dan maklumat serta insiden yang berlaku di laut, orang ramai boleh melaporkan­nya ke Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Bintulu di talian

086-314 254, Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak (082-432544) atau MERS 999 untuk maklum balas segera,” tambahnya.

Kapten Maritim Mohd Iszuadi Mohamad Hassan

 ?? ?? DITAHAN:Tongkang membawa muatan batu yang ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952.
DITAHAN:Tongkang membawa muatan batu yang ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia