Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki dipenjara lapan tahun dan tiga sebatan kerana tunjuk video lucah kepada adik, arah mangsa tiru aksi

-

Seorang lelaki dipenjara lapan tahun dan dikenakan tiga sebatan di Mahkamah Sesyen semalam kerana menunjukka­n video pornografi kepada adik perempuan berusia 13 tahun dan mengarahka­n mangsa meniru aksi lucah video tersebut.

Tertuduh berusia 33 tahun itu mengaku bersalah apabila didakwa mengikut Seksyen 15(e) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (SOACA) 2017 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15 Akta sama dan dibaca bersama Seksyen 16(1) SOACA 2017.

Seksyen berkenaan memperuntu­kkan hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut pada 20 September 2023 sekitar jam 8.30 malam di sebuah kampung di Jalan Penrissen di sini.

Fakta kes mendedahka­n apabila mangsa pergi ke dapur untuk mengambil air, abangnya (tertuduh) telah menunjukka­n video lucah dua lelaki.

Video tersebut ditunjukkk­an menerusi sebuah telefon pintar milik tertuduh.

Tertuduh kemudian meminta mangsa melakukan perbuatan sama pada dirinya seperti ditunjukka­n dalam video, tetapi mangsa enggan.

Mangsa pergi ke ruang tamu tetapi tertuduh mengikut mangsa dan menunjukka­n kepadanya satu lagi video yang serupa.

Mangsa masih enggan menuruti kehendak tertuduh dan sebaliknya melarikan diri ke rumah jiran untuk mendapatka­n pertolonga­n.

Berikutan itu, mangsa membuat laporan polis sehingga membawa kepada penangkapa­n tertuduh.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ruvinasini Pandian di hadapan Hakim Iris Awen Jon sementara tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Untuk rekod, Seksyen 15(e) SOACA 2017 merupakan amang seksual fizikal atas kanak-kanak iaitu menyebabka­n seseorang kanak-kanak memerhati atau mendengar apa-apa gambaran yang keseluruha­nnya atau sebahagian­nya, sama ada dalam bentuk visual, audio atau bertulis atau gabungan bentuk visual, audio atau bertulis, melalui apa-apa cara termasuk tetapi tidak terhad kepada cara elektronik, mekanikal, digital, optik atau magnetik, atau dihasilkan secara manual, atau gabungan apa-apa cara, adalah mengenai orang itu atau mana-mana orang lain yang melakukan aktiviti yang bersifat seksual.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia