Utusan Borneo (Sarawak)

Penganut Hindu di Sarawak turut meriahkan Thaipusam

-

Beliau seterusnya berharap masyarakat lain mempelajar­i sesuatu daripada masyarakat Hindu dan menghargai kepelbagai­an rakyat Sarawak.

“Apabila kita terlibat atau menjadi sebahagian daripada perayaan, kita belajar budaya dan amalan. Dari situ, kita mula mengenali antara satu sama lain dengan lebih baik.

“Ia mungkin menarik bagi generasi tertentu tetapi sila bawa anak-anak anda untuk datang dan menyertai kami. Libatkan diri dan menjadi sebahagian daripada perayaan di Sarawak,” tambah Wee.

Sementara itu, mengenai Kuil Mariamman, Presiden Persatuan Kuil Sri Maha Mariamman Kuching, Shankar Ram Asnani memberitah­u, pembinaan kuil itu kini dianggarka­n 65 hingga 70 peratus siap.

“Kami menjangkak­an kuil itu siap pada Jun atau Julai tahun ini dan dengan kerjakerja kraf, reka bentuk kuil, ia tidak mudah dilaksanak­an dengan pantas.

“Pembinaan kuil ini mula dilaksanak­an pada November 2019 tetapi tertangguh kerana COVID-19. Kami menghadapi masalah untuk mendapatka­n pekerja.

“Pada masa kami mendapat pekerja, COVID-19 datang dan mereka juga perlu mencari rezeki di India, jadi mereka mengembara ke tempat lain,” kata Shankar ketika ditemui pemberita.

Tambah Shankar yang juga salah seorang ahli majlis di MBKS, kos pembinaan semula kuil adalah sekitar RM3.6 hingga RM3.7 juta, tetapi mungkin meningkat sedikit kerana kelewatan itu.

“Ia akan menjadi kuil tertinggi di Borneo. Jika kita mempunyai tanah yang lebih besar, kita boleh menjadikan­nya tujuh tingkat dan kuil ini lima tingkat,” kata

Shankar.

Pada masa sama, Shankar turut merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan negeri dan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg kerana memperuntu­kkan dana besar sebanyak RM2.3 juta untuk kuil itu.

“Beliau adalah contoh pemimpin Islam yang baik. Walaupun beliau seorang Muslim, beliau mengikuti ajaran nabi untuk melayan semua kaum lain secara sama rata.

“Apayangper­lukitalaku­kan ialah menunjukka­n kesetiaan yang tinggi kepada kerajaan Sarawak,” kata Shankar.

 ?? — Gambar Roystein Emmor ?? TINJAU: Wee (kiri) dan Shankar (dua kiri) meninjau Kuil Sri Maha Mariamman di Jalan Batu Lintang yang masih dalam pembinaan.
— Gambar Roystein Emmor TINJAU: Wee (kiri) dan Shankar (dua kiri) meninjau Kuil Sri Maha Mariamman di Jalan Batu Lintang yang masih dalam pembinaan.
 ?? — Gambar Roystein Emmor ?? TERIMALAH: Shankar (dua kanan) menyampaik­an kenangkena­ngan kepada Wee.
— Gambar Roystein Emmor TERIMALAH: Shankar (dua kanan) menyampaik­an kenangkena­ngan kepada Wee.
 ?? — Gambar Roystein Emmor ?? TURUT SERTA: Shankar (dua kiri) dan Wee (tiga kiri) menyertai perarakan Thaipusam bersama penganut lain.
— Gambar Roystein Emmor TURUT SERTA: Shankar (dua kiri) dan Wee (tiga kiri) menyertai perarakan Thaipusam bersama penganut lain.
 ?? — Gambar Roystein Emmor ?? PERAYAAN: Penganut membawa paal kudam semasa perarakan.
— Gambar Roystein Emmor PERAYAAN: Penganut membawa paal kudam semasa perarakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia