Utusan Borneo (Sarawak)

Sekretaria­t JPBNS dibuka 24 jam sejak awal Januari: Uggah

-

Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dibuka 24 jam sejak awal Januari sebagai persediaan menghadapi sebarang musibah akibat Monsun Timur Laut (MTL).

Pengerusi JPBNS Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata pengoperas­ian 24 jam sekretaria­t ini adalah bagi memantau apa-apa kejadian di seluruh negeri akibat monsun timur laut yang dijangka sehingga Mac ini.

“Bukan sahaja banjir, jalan runtuh, tanah runtuh juga kita pantau di mana beberapa minggu lepas salah satu jalan di kawasan saya (Jalan Ulu Layar) runtuh.

“Jadi jawatankua­sa dari peringkat daerah hingga negeri telah kita gerakkan untuk bersedia berhadapa dengan apa-apa bencana,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarka­n Kamus Terjemahan English-Iban di Auditorium Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Batu Lintang di

sini, semalam.

Uggah yang juga Timbalan Premier menambah, berdasarka­n lawatannya di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Debak baru-baru ini, beliau mendapati semua petugas siap siaga menghadapi apa-apa bencana.

Justeru, beliau menasihatk­an masyarakat yang diarah berpindah untuk berpindah ke PPS jika berlaku bencana demi keselamata­n diri dan keluarga.

PPS katanya, disediakan

dengansemu­akemudahan­yang diperlukan seperti makanan, tempat tidur termasuk khidmat kesihatan kepada mangsa.

Mengenai lokasi sungai berbahaya, Uggah ia memang sudah dikenal pasti tetapi lokasi banjir teruk berubah-berubah setiap tahun.

Sebagai contoh katanya, tahun ini di Kuching keadaan nampaknya agak baik dan beliau meminta jawatankua­sa di seluruh negeri untuk bersedia dengan sebarang kemungkina­n.

 ?? ?? SIAP SIAGA: Uggah bercakap kepada pemberita di IPG Kampus Batu Lintang.
SIAP SIAGA: Uggah bercakap kepada pemberita di IPG Kampus Batu Lintang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia