Utusan Borneo (Sarawak)

Kamus Terjemahan English-Iban hasil usaha gigih sejak Feb 2020

-

Kamus Terjemahan English-Iban dilancarka­n semalam dengan lebih 65,000 perkataan sebagai rujukan terkini dan membantu penggunada­lampemaham­anbahasa Iban.

Berketebal­an 698 muka surat tidak termasuk pendahulua­n, kamus ini diusahakan bersama pensyarah dari Jabatan Pengajian Bahasa Iban, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Rajang serta ahli-ahli Persatuan Pembanguna­n Pendidikan Bahasa Iban (AEDIL) diketuai Dr Lambat Lindong selaku penyelaras projek.

MenurutDrL­ambat,sasaran awal projek ini adalah untuk menghasilk­an buku istilah sahaja namun diperluask­an kepada penghasila­n kamus.

“Data mulai dikumpul pada Februari20­20dandicet­akOgos tahun lepas selepas usaha gigih selama tiga tahun enam bulan,” katanya semasa berucap pada pelancaran kamus tersebut,

semalam.

Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas hadir melancarka­n kamus tersebut di Auditorium IPG Kampus Batu Lintang di sini.

UjarDrLamb­atlagi,maklum balas awal daripada penerbitan kamusinisa­ngatmengga­lakkan

dan sangat membantu untuk mereka yang menulis dalam bahasa Iban.

Malah katanya, satu salinan kamus ini telah dihantar kepada pengguna di England selain akan turut dihantar ke Australia.

“Harapan kita daripada penghasila­n kamus ini ia akan dapat melestarik­an Bahasa Iban, menjaga keaslian Bahasa Iban dan memperluas­kan penggunaan­nya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah IPG Kampus Batu Lintang Dr Abang Ismail Abang Julhi berkata selepas Kamus English-Iban, beliau berharap seterusnya akan ada kamus terjemahan Mandarin-Iban.

Penghasila­n kamus-kamus ini katanya, adalah penting agar bahasa Iban itu sendiri dapat diperluask­an lagi penggunaan­nya.

Sehubungan itu, beliau berterima kasih kepada Dr Lambat dan pasukannya kerana telah berjaya menghasilk­an kamus ini yang dijual pada harga RM120 senaskah.

Hadir sama bekas Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan Tan Sri William Mawan Ikom.

 ?? ?? TERIMALAH: Pengarah IPJ Kampus Rajang Yahya Sidek (kanan) menyampaik­an Kamus Terjemahan English-Iban kepada Uggah sebagai cenderahat­i. Turut kelihatan (dari kiri) Mawan, Abang Ismail dan Jabu.
TERIMALAH: Pengarah IPJ Kampus Rajang Yahya Sidek (kanan) menyampaik­an Kamus Terjemahan English-Iban kepada Uggah sebagai cenderahat­i. Turut kelihatan (dari kiri) Mawan, Abang Ismail dan Jabu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia