Utusan Borneo (Sarawak)

Komuniti perniagaan perlu selari teknologi, trend global

Entiti perniagaan dan kerajaan mesti menyesuaik­an diri sebagai sebahagian daripada inisiatif ekonomi digital negeri

-

KUCHING: Komuniti perniagaan di Sarawak mesti kekal di hadapan dengan teknologi yang berkembang pesat dan trend global.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan entiti perniagaan dan kerajaan mesti menyesuaik­an diri sebagai sebahagian daripada inisiatif ekonomi digital negeri.

Abang Johari berkata demikian ketika berkongsi tentang Pin AI Kemanusiaa­n pada majlis Anugerah Usahawan Terbaik Sarawak (EOYS) 2023 dan Makan Malam Tahun Baharu Cina anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Sarawak (SCCI) dan Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa, Industri dan Pelaburan di sini, malam kelmarin.

“Dalam era AI ini, kita menyaksika­n perubahan yang ketara. Pin AI Kemanusiaa­n ialah peranti baharu yang, setelah disematkan pada baju anda, membolehka­n anda mencari penyelesai­an serta-merta.

“Apabila berhadapan dengan masalah, hanya tekan peranti anda boleh memberikan penyelesai­an dalam beberapa minit. Ini menandakan perubahan asas dalam cara kita mendekati penyelesai­an masalah dalam perniagaan.

“Apa yang saya katakan di sini ialah anda perlu mengikuti perkembang­an terkini, Sarawak perlu mengikuti perkembang­an teknologi yang pantas berubah pada hari ini. Cara kita menguruska­n perniagaan, cara kita mengurus kerajaan perlu berubah kerana perubahan besar dalam teknologi,” katanya.

AbangJohar­iturutberk­ongsi rancangan beliau kepada duta Kesatuan Eropah yang akan melawat Sarawak pada April, iaitu memperkena­lkan dasar negeri ini.

Beliau berkata, peranan

Apa yang saya katakan di sini ialah anda perlu mengikuti perkembang­an terkini, Sarawak perlu mengikuti perkembang­an teknologi yang pantas berubah pada hari ini.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg Premier Sarawak

Sarawak dalam peralihan tenaga telah diiktiraf oleh media antarabang­sa.

“Bloomberg mengatakan bahawa Sarawak berada di barisan hadapan dari aspek peralihan tenaga berkenaan. Beberapa negara mengguna

pakai hidrogen, tetapi Sarawak berani mengambil risiko untuk melaksanak­an hidrogen dalam agenda ekonominya,” katanya.

Mengenai kedudukan kewangan negeri, Abang Johari memberi jaminan kepada

pengamal perniagaan bahawa kerajaan akan meneroka aliran pendapatan baharu.

“Pendapatan kita boleh tahan tahun lepas, dan kerajaan sedang meneroka aliran pendapatan baharu. Saya boleh memberi jaminan bahawa kita mempunyai sesuatu dalam fikiran untuk meningkatk­an pendapatan dan melabur dalam melatih rakyat Sarawak untuk ekonomi baharu.

“Ini akan menaik taraf keadaan syarikat Sarawak kita, menjadikan mereka berdaya saing dalam era baharu ini,” tambahnya.

Hadir sama, Timbalan Premier dan juga Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa, Industri dan Pelaburan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Duta Besar Perancis ke Malaysia Axel Cruau, Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kuching Xing Weiping, Presiden SCCI Dato Sri Abang Abdul Karim Tun Openg, Penasihat Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa, Industri dan Pelaburan Datuk Mohd Naroden Majais, bekas ADUN Tanjong Datu Datuk Patinggi Puan Sri Jamilah Anu, Ketua Pegawai Eksekutif Press Metal Tan Sri Datuk Koon Poh Keong dan pengerusi penganjur Angie Kueh.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? TRADISI:Abang Johari (tengah) bersama tetamu kehormat menggaul‘yee sang’pada majlis tersebut. Turut kelihatan (dari kiri) Koon, Mohd Naroden, Xing, Awang Tengah, Abang Karim, Cruau, Kueh dan Jamilah.
— Gambar Chimon Upon TRADISI:Abang Johari (tengah) bersama tetamu kehormat menggaul‘yee sang’pada majlis tersebut. Turut kelihatan (dari kiri) Koon, Mohd Naroden, Xing, Awang Tengah, Abang Karim, Cruau, Kueh dan Jamilah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia