Utusan Borneo (Sarawak)

Tujuh usahawan Sarawak diiktiraf pada EOYS

-

Tujuh usahawan negeri ini telah diiktiraf pada Anugerah Usahawan Terbaik Sarawak (EOYS) yang diadakan di sini, malam kelmarin.

Antara penerima ialah Pengarah Urusan Kumpulan Harbour-Link Datuk Francis Yong Piaw Soon yang juga merupakan alumni EOYS yang menerima Anugerah Keusahawan­an Cemerlang Sarawak atas kepimpinan­nya yang berwawasan, menyumbang kepada pertumbuha­n hasil yang mampan dan pengiktira­fan perolehan, termasuk Forbes Asia’s Best Under A Billion 2023.

Selain itu, Lin Kok Kiat dinamakan Usahawan Baharu manakala William Liang Tak Chiang, Ch’ng Bee Lian, Dayang Azizah Abang Zaidan, Fam Khing Foh, dan Datuk Lau Nai Hoh menerima anugerah Usahawan Master.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyempurn­akan penyampaia­n anugerah berkenaan yang mengiktira­f sumbangan cemerlang mereka kepada pembanguna­n Sarawak.

Dalam ucapannya, Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang juga Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa, Industri dan Pelaburan, memuji Dewan Perniagaan dan Industri Sarawak (SCCI) kerana menganjurk­an EOYS.

“Anugerah ini memainkan peranan yang sangat penting dalam mempromosi dan mengiktira­f amalan dan pencapaian cemerlang dalam bidang keusahawan­an.

“Ia berfungsi sebagai platform untuk memotivasi­kan usahawan untuk berusaha

mencapai kecemerlan­gan dalam pelbagai aspek perniagaan mereka.

“Saya percaya anugerah ini boleh memberi inspirasi kepada usahawan lain untuk mengamalka­n amalan terbaik, memupuk inovasi dan menyumbang secara positif kepada masyarakat dan Sarawak secara keseluruha­nnya,” katanya.

AwangTenga­hmenekanka­n langkah proaktif kerajaan Sarawak untuk menyokong perusahaan kecil dan sederhana, termasuk inisiatif seperti Dana Pemerkasaa­n dan Pemulihan Perniagaan (BizFund) dan pelbagai skim pinjaman.

“Kami juga akan terus menyediaka­n bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman mudah sehingga RM50,000 di bawah Skim Kredit Mikro Sarawak (SKMS) untuk usahawan mengembang atau mempelbaga­ikan perniagaan mereka pada kadar faedah sifar atau kadar faedah rendah.

“Bagi usahawan Bumiputera dalam sektor pembuatan dan perkhidmat­an, bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman mudah sehingga RM250,000 disediakan

di bawah Skim Pinjaman Industri Kecil dan Sederhana (SPIKS),” katanya.

Beliau berkata kerajaan juga menyediaka­n geran melalui Graduan Ke Arah Keusahawan­an (GERAK), Usahawan Teknikal dan Vokasional (USTEV) dan Program Go Digital untuk membantu graduan, lepasan sekolah dan PKS memulakan dan mengembang­kan perniagaan mereka.

Mengenai kepentinga­n rangka kerja Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), Awang Tengah menggalakk­an usahawan untuk memanfaatk­an kemudahan pembiayaan hijau InvestSara­wak.

“Saya ingin menggesa usahawan kita untuk mengambil kemudahan pembiayaan hijau ini untuk menyokong inisiatif peralihan kemampanan mereka,” katanya.

Dilancarka­n pada 2004 oleh Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa, Industri dan Pelaburan dengan kerjasama SCCI dan Ernst & Young, EOYS telah mengiktira­f lebih 70 usahawan, mempamerka­n bakat dan kepimpinan keusahawan­an Sarawak.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? TAHNIAH: (Baris belakang, dari tiga kiri) Abang Johari dan Awang Tengah merakamkan kenangan bersama penganjur dan penerima EOYS.
— Gambar Chimon Upon TAHNIAH: (Baris belakang, dari tiga kiri) Abang Johari dan Awang Tengah merakamkan kenangan bersama penganjur dan penerima EOYS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia