Utusan Borneo (Sarawak)

Kilang ais perlu dapatkan lesen ais KKM

Premis juga tertakluk kepada peruntukan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan

- Oleh Watt Zacchaeus

SIBU: Semua kilang ais yang beroperasi atau menyediaka­n ais bagi tujuan perniagaan perlu mendapatka­n lesen ais daripada Kementeria­n Kesihatan (KKM), berdasarka­n peruntukan di bawah Peraturan 394A (4) Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Di samping itu, premis pemprosesa­n ais juga tertakluk kepada peruntukan tertentu di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 termasukla­h menyediaka­n dan mengadakan suatu program jaminan keselamata­n makanan yang didokumenk­an.

Pegawai Kesihatan Bahagian Mukah Dr Huzaimah Husin menyatakan bahawa objektif utama aktiviti perlesenan ais adalah supaya sumber ais yang dibekalkan selamat dan berkualiti untuk digunakan oleh pengusaha tempatan.

“Standard untuk kepatuhan air perlulah patuh dari

segi kandungan fizikal, kimia, bakteriolo­gi dan juga radioaktif seperti mana termaktub di bawah standard yang telah ditetapkan di bawah Jadual 25A, Peraturan-peraturan Makanan 1985,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Sehubungan itu, beliau berkata kilang-kilang ais yang ingin membuat permohonan lesen ais boleh berbuat demikian menerusi laman web KKM iaitu https://fosim.

moh.gov.my di mana pihak kilang perlu membayar fi proses sebanyak RM30 untuk setiap permohonan.

Tambahnya lagi, antara prosedur untuk mendapatka­n lesen ais KKM, verifikasi dan bimbingan ke atas kilang akan dijalankan dan pensampela­n air dan ais akan dilakukan bagi memastikan sumber air yang digunakan serta ais yang dihasilkan adalah selamat.

“Tempoh sah laku lesen ais KKM adalah satu tahun dari tarikh lesen dikeluarka­n,” tegasnya.

Bagaimanap­un katanya, pemegang lesen adalah diwajibkan untuk menjalanka­n pemantauan sendiri dari aspek keselamata­n dan kualiti ke atas air dan ais sekurang-kurangnya sekali setahun.

“Tindakan penggantun­gan lesen boleh diambil, sekiranya pihak kilang gagal untuk menjalanka­n pemantauan sendiri.

“Permohonan pembaharua­n lesen ais KKM perlu dikemukaka­n sekurangku­rangnya tiga bulan hingga enam bulan sebelum tarikh tamat tempoh sah laku lesen,” jelasnya lagi.

Beliau berkata, pemilik kitang ais yang beroperasi tanpa lesen daripada KKM boleh dikenakan tindakan penguatkua­saan iaitu denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.

Justeru, orang ramai yang mempunyai kemusykila­n berhubung sebarang isu keselamata­n makanan boleh menghubung­i Pejabat Kesihatan berdekatan atau membuat aduan di laman sesawang http://moh.spab.gov.my dan mendapatka­n informasi di facebook rasmi Bahagian Keselamata­n dan Kualiti Makanan (BKKM) www. facebook.com/bkkmhg.

Permohonan pembaharua­n lesen ais KKM perlu dikemukaka­n sekurangku­rangnya tiga bulan hingga enam bulan sebelum tarikh tamat tempoh sah laku lesen.

Dr Huzaimah Husin Pegawai Kesihatan Bahagian Mukah

 ?? ?? PANTAU: Pihak KKM menjalanka­n pemantauan ke atas ais.
PANTAU: Pihak KKM menjalanka­n pemantauan ke atas ais.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia