Utusan Borneo (Sarawak)

Cawangan baharu Everrise Taman Stutong Indah dibuka

Ia menawarkan pelanggan akses kepada produk berkualiti terkenal dan pengalaman membeli-belah yang luar biasa

- Oleh Hamkar Sarbinee

KUCHING: Pembukaan cawangan baharu Pasar Raya Everrise di Taman Stutong Indah di Kuching semalam disambut meriah dengan kehadiran orang awam.

Majlis pembukaan cawangan ke-19 pasar raya itu menyaksika­n orang ramai sudah mula berkumpul di pekarangan Everrise sekitar 8.30 pagi bagi melihat suasana pembukaan yang turut mempersemb­ahkan tarian singa dari Kelab Tarian Naga dan Singa Liang Sheng, Kuching dan letupan mercun.

Hadir memeriahka­n majlis pembukaan itu ialah pengarah-pengarah Kumpulan Everrise Colin Sia, Tan Siew Lan dan Yeo Siew Lan, Ketua Pegawai Eksekutif Everrise Melody Chum, Pemangku Ketua Stor Everrise Thien Ho Hong, Ketua Pegawai Kewangan Amanda Ho serta Ketua Pegawai Dagangan Everrise Arif Kwan.

Cawangan baharu kini dibuka dengan menawarkan pelanggan akses kepada produk berkualiti terkenal

Everrise dan pengalaman membeli-belah yang luar biasa.

Ahli baharu yang mendaftar keahlian pada minggu pembukaan akan menerima baucar diskaun RM10, apabila menukar daripada ahli kad fizikal kepada e-ahli, tambahan RM25 akan diberikan pada aplikasi, menjadikan ini masa yang sesuai untuk menyertai komuniti Everrise.

Ini menjadikan jumlah baucar diskaun untuk ahli yang baru mendaftar semasa istimewa Hujung Minggu Pembukaan Besar kepada RM35.

Semasa tempoh pembukaan, e-ahli yang membelanja­kan RM250 atau lebih dalam satu resit (tidak termasuk susu bayi) di cawangan baharu itu juga akan menerima pulangan tunai bernilai RM8 di aplikasi Everrise.

Setiap ahli boleh menebus satu baucar pulangan tunai setiap hari dan baucar boleh ditebus dari 1 hingga 29 Februari 2024 di cawangan Everrise Taman Stutong Indah sahaja.

Dalam pada itu, seramai 300 pelanggan pertama yang

berbelanja minimum RM188 akan menerima sekotak limau mandarin.

Manakala mereka yang membelanja­kan RM388 atau lebih akan menerima set mug ulang tahun Everrise edisi terhad.

Pelanggan digalakkan untuk menggunaka­n beg tenunan Everrise, yang

membolehka­n mereka memperoleh­i lima mata untuk setiap penggunaan sebagai sebahagian daripada kempen hijau selama setahun.

Di samping tawaran eksklusif ini, pelanggan yang menggunaka­n beg tenunan Everrise semasa pembukaan itu juga akan menikmati promosi istimewa, termasuk

‘Beli 1 Percuma 1’ pada biskut GPR Gold Butter dengan pembungkus­an bertemakan Tahun Baharu Cina pada harga RM29.90.

Selain itu, pelanggan boleh menambah beg tenunan bertema CNY ke dalam koleksi mereka pada harga promosi RM3.88 (NP: RM6.60).

 ?? ?? RASMI: (Dari kiri) Thien Ho, Amanda, Melody, Colin, Siew Lan, Siew Hui dan Arif memotong reben semasa pembukaan cawangan ke-19 Pasar Raya Everrise di Taman Stutong Indah, Kuching semalam.
RASMI: (Dari kiri) Thien Ho, Amanda, Melody, Colin, Siew Lan, Siew Hui dan Arif memotong reben semasa pembukaan cawangan ke-19 Pasar Raya Everrise di Taman Stutong Indah, Kuching semalam.
 ?? ?? TRADISI: Pengurusan tertinggi kumpulan Everrise merakamkan kenangan bersama ahli Kelab Tarian Naga dan Singa Liang Sheng, Kuching yang membuat persembaha­n semasa pembukaan cawangan tersebut.
TRADISI: Pengurusan tertinggi kumpulan Everrise merakamkan kenangan bersama ahli Kelab Tarian Naga dan Singa Liang Sheng, Kuching yang membuat persembaha­n semasa pembukaan cawangan tersebut.
 ?? ?? TERTARIK: Pengurusan tertinggi kumpulan Everrise menyaksika­n persembaha­n tarian singa semasa majlis pembukaan Pasar Raya Everrise, di Taman Stutong Indah, Kuching semalam.
TERTARIK: Pengurusan tertinggi kumpulan Everrise menyaksika­n persembaha­n tarian singa semasa majlis pembukaan Pasar Raya Everrise, di Taman Stutong Indah, Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia