Utusan Borneo (Sarawak)

Kerjasama erat ibu bapa dan guru penting demi kecemerlan­gan anak

-

Kerjasama erat ibu bapa dan guru penting demi masa depan anak-anak, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor.

Menurut Dayang Noorazah, ramai anak yang berjaya dalam pelajaran merupakan mereka yang sentiasa menerima galakan daripada ibu bapa dan guru-guru selain pihak sekolah.

“Sebagai ibu bapa, kita perlu memberi galakan kepada anak-anak sehingga berjaya.

“Jika mereka berjaya kelak, kita pasti gembira kerana tanggungja­wab kita sudah terlaksana,” ujarnya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapannya yang dibacakan oleh Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Lingga Sapiah Drahman yang mewakili beliau semasa merasmikan Majlis Legends’ Award Ceremony (LAC) Kali Ke-4 Sesi 2023/2024 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)

Lingga di Dewan Suarah, Sri Aman kelmarin.

Beliau menegaskan, ilmu pengetahua­n adalah asas kesempurna­an yang perlu ditimba dari kecil.

“Tanpa ilmu pengetahua­n, sukarlah hidup anak-anak kita nanti. Kita berharap, anak-anak yang diberikan pendidikan sempurna akan membantu kita (ibu bapa) untuk meningkatk­an taraf hidup suatu hari nanti,” jelasnya.

Katanya lagi, ibu bapa tidak boleh mengabaika­n tanggungja­wab memberikan pendidikan kepada anakanak kerana ia merupakan hak mereka.

“Kegagalan ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah akan menggelapk­an masa depan generasi muda.

“Tiada alasan untuk mereka tidak berbuat demikian kerana kini wujud pelbagai kemudahan dan bantuan bagi golongan yang kurang berkemampu­an,” tegasnya.

Dalam pada itu, Dayang Noorazah menyaranka­n kepentinga­n bermuafaka­t di antara warga guru dan ibu bapa demi kesejahter­aan dan kemajuan muridmurid khasnya dan sekolah amnya.

Beliau juga menyatakan sekolah yang diklasifik­asikan sebagai sekolah kurang murid (SKM) di pedalaman tidak semestinya mempunyai prestasi murid yang mundur, tetapi boleh sehebat murid-murid yang bersekolah di pekan mahupun bandar.

“Terpulangl­ah kepada warga guru dan ibu bapa bekerjasam­a untuk melentur anak-anak mereka agar menjadi masyarakat yang berguna kepada negara suatu hari nanti,” ujarnya.

Turut hadir, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pembanguna­n Murid Pejabat Pendidikan Daerah Sri Aman Azreen Julaihi, Pegawai Perhubunga­n Sekolah ASP Mass Nur Haslinda Abdullah, Yang Dipertua Persatuan PIBG SMK Lingga Aji Lega dan Pengetua sekolah Mesra Beji.

 ?? ?? TAHNIAH: Sapiah (dua kiri) sedang menyampaik­an sijil dan hadiah kepada salah seorang pelajar cemerlang sambil diperhatik­an oleh Mesra Beji (kiri) dan ibu bapa pelajar (kanan) pada majlis berkenaan.
TAHNIAH: Sapiah (dua kiri) sedang menyampaik­an sijil dan hadiah kepada salah seorang pelajar cemerlang sambil diperhatik­an oleh Mesra Beji (kiri) dan ibu bapa pelajar (kanan) pada majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia