Utusan Borneo (Sarawak)

Perjawatan tetap, bantuan BBP Lutong wajar ditambah: Chiew

Jumlah kakitangan jaga 130,000 penduduk amat tidak mencukupi

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

MIRI: Terdapat keperluan penambahan perjawatan tetap dan bantuan untuk Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong bagi memantapka­n lagi perkhidmat­an jabatan berkenaan kepada penduduk di kawasan utara bandar raya Miri.

Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man berkata, beliau difahamkan bahawa BBP Lutong kini mempunyai 20 pegawai bomba merangkumi perjawatan tetap dan bantuan.

“Dua puluh orang pegawai bomba ini perlu menjaga seramai 130,000 penduduk yang tinggal di kawasan utara Miri dan jumlah kakitangan ini sebenarnya sangat tidak mencukupi.

“Mengikut kenyataan menteri berkaitan sebelum ini, nisbah terkini satu anggota bomba adalah bagi menjaga lebih 2,000 penduduk juga tidak mencukupi.

“Apatah lagi di BBP Lutong jika kita bahagikan 20 pegawai bomba dengan 130,000 orang penduduk, adalah kira-kira 6,000 orang, ia merupakan tiga kali ganda,” katanya kepada pemberita selepas melakukan kunjungan ke BBP Lutong, di sini semalam.

Oleh itu Chiew berkata, mengikut nisbah yang sepatutnya BBP Lutong perlu mempunyai antara 40 hingga 50 orang pegawai bagi keperluan menjaga kawasan yang begitu besar.

Tambahnya, lebih-lebih lagi, kejadian kebakaran kerap berlaku di kawasan ini terutamany­a melibatkan kebakaran belukar yang pastinya memerlukan tenaga pegawai bomba yang mencukupi untuk menanganin­ya.

“Berkenaan dengan isu

perjawatan ini, saya akan menyuaraka­n perkara ini ke parlimen kelak agar ini diambil maklum dan penyelesai­an segera dapat dibuat.

“Selain itu, saya akan menulis surat kepada menteri (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming) supaya beliau pandang serius terhadap perkara ini demi kepentinga­n dan keselamata­n penduduk di kawasan Miri,” ujarnya.

Dalam pada itu, Chiew memberitah­u, semenjak beliau memegang jawatan sebagai ahli parlimen, beliau melihat peranan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) cukup besar kepada masyarakat bukan sahaja memadamkan kebakaran malah turut melibatkan menyelamat­kan nyawa.

“Saya merasakan BBP Lutong sebagai balai baharu sepatutnya mempunyai peralatan

dan kelengkapa­n yang lengkap dan baharu juga, tetapi saya agak terkejut apabila melihat masih ada beberapa kelengkapa­n yang tidak mencukupi di sini.

“Berkenaan dengan kelengkapa­n pejabat, ia masih di bawah keupayaan saya dan saya akan menggunaka­n peruntukan saya untuk membantu melengkapk­an keperluan pejabat di sini pada tahun ini, manakala untuk kelengkapa­n balai ini, saya akan suarahkan dan serahkan ke parlimen untuk perbincang­an lanjut,” katanya.

Pada lawatan sama, Chiew turut melancarka­n Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) BBP Lutong.

Hadir sama, Ketua BBP Lutong Pegawai Bomba Tinggi II Henry Jugah, Penghulu Wilfred Mac dan Ketua Kampung Batu Satu Yusop Sulaiman.

“Apatah lagi di BBP Lutong jika kita bahagikan 20 pegawai bomba dengan 130,000 orang penduduk, adalah kirakira 6,000 orang, ia merupakan tiga kali ” ganda. Chiew Choon Man Ahli Parlimen Miri

 ?? ?? TERIMA KASIH: Chiew (dua kiri) menerima cenderahat­i daripada Henry (kiri) sambil disaksikan Wilfred (dua kanan) dan Yusop (kanan) selepas melancarka­n EKSA BBP Lutong semalam.
TERIMA KASIH: Chiew (dua kiri) menerima cenderahat­i daripada Henry (kiri) sambil disaksikan Wilfred (dua kanan) dan Yusop (kanan) selepas melancarka­n EKSA BBP Lutong semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia