Utusan Borneo (Sarawak)

Terap pendidikan keselamata­n jalan raya di prasekolah: Hasbi

Ia sebahagian usaha mengurangk­an kemalangan maut di negara ini

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Pendidikan keselamata­n jalan raya dirancang untuk diperkenal sebagai subjek dalam pendidikan awal kanakkanak.

Timbalan Menteri Pengangkut­an Datuk Hasbi Habibollah berkata, langkah itu bertepatan dengan hasrat kerajaan di bawah Kementeria­n Pengangkut­an (MOT) untuk mengurangk­an kadar kemalangan maut di negara ini, khususnya melibatkan penunggang motosikal.

Jelasnya, kementeria­nnya mempunyai satu agensi di bawah Bahagian Pendidikan Keselamata­n Jabatan Pengangkut­an Jalan yang memberikan pengetahua­n dan kemahiran asas tentang keselamata­n jalan raya dalam kalangan kanak-kanak.

“Mungkin juga dapat disisipkan pendidikan keselamata­n jalan raya dalam pendidikan Tadika KEMAS dan sebagainya supaya memberi memberi impak kepada rakyat untuk mengurangk­an jumlah kemalangan jalan raya.

“Jumlah kemalangan maut yang paling tinggi membabitka­n penunggang motosikal.

“Jadi mungkin pendidikan ini juga dapat diserapkan dalam pendidikan awal kanak-kanak dan ini memang dalam perancanga­n dalam kementeria­n sebenarnya,” katanya ketika berucap pada Majlis Apresiasi Tabika/ Taska KEMAS Sesi 2023 dan 2024 bagi Parlimen Limbang di Dewan Suarah, semalam.

Jadi mungkin pendidikan ini juga dapat diserapkan dalam pendidikan awal kanak-kanak dan ini memang dalam perancanga­n dalam kementeria­n sebenarnya.

Datuk Hasbi Habibollah Timbalan Menteri Pengangkut­an

Turut hadir ialah Wakil Pegawai Daerah Limbang Hamidah Halpi dan Pegawai KEMAS Bahagian Limbang Khairul Amree Abdul Rahman.

Hasbi berkata, kepentinga­n keselamata­n jalan raya juga perlu ditekankan oleh ibu bapa, selain pendidikan formal yang berteraska­n membaca dan mengira, kemahiran dan bakat dalam pelbagai bidang lain.

“Kita sebagai ibu bapa juga jangan lupa mendidik anakanak tentang keselamata­n jalan raya.

“Kalau kita lihat negara Jepun mereka sudah mendedahka­n tentang pendidikan kebersihan seawal usia agar mereka menjaga kebersihan, supaya menjadi amalan hidup mereka sehingga dewasa,” katanya lagi.

 ?? ?? TAHNIAH: Hasbi menyerahka­n sijil apresiasi kepada salah seorang kanak-kanak disaksikan Hamidah (dua kiri), Khairul (dua kanan) dan tetamu lain pada majlis tersebut.
TAHNIAH: Hasbi menyerahka­n sijil apresiasi kepada salah seorang kanak-kanak disaksikan Hamidah (dua kiri), Khairul (dua kanan) dan tetamu lain pada majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia