Utusan Borneo (Sarawak)

PUSAKA anjur lawatan lapangan untuk delegasi daripada MPMA

-

Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) barubaru ini mengadakan lawatan lapangan untuk delegasi daripada Persatuan Pekilang Panel Malaysia (MPMA) untuk menunjukka­n projek Lesen Hutan Tanam yang mengetenga­hkan amalan terbaik dalam pengurusan hutan tanam.

Dalam lawatan itu, Pengerusi MPMA Datuk Wira Sheikh Othman Rahman menyatakan keterujaan­nya terhadap projek tersebut yang disebutnya sebagai pilihan terbaik persatuan untuk industri pembuatan produk kayu.

“Saya fikir ia adalah tapak semaian terbesar Malaysia, juga di Asia Tenggara, setanding dengan bahagian lain di dunia yang telah saya lawati.

“Saya rasa ini adalah yang terbaik untuk kita dari segi pokok tropika untuk kita mengeluark­an produk kayu industri seperti papan lapis, papan serpai dan kayu perabot yang diperlukan,” katanya.

Mewakili MPMA dengan lebih 25 ahli termasuk Instituti Penyelidik­an Hutan Malaysia (FRIM), Lembaga Perindusti­ran Kayu Malaysia (MTIB) dan Majlis Perkayuan Malaysia (MTC), Sheikh Othman berterima kasih atas usaha terpuji PUSAKA dan menyatakan hasrat untuk kerjasama yang lebih erat untuk manfaat kedua-dua pihak.

Sementara itu, Penolong Pengurus Besar Pengurusan Sumber Lestari di PUSAKA, Hamzah Morshidi berharap agar lawatan tersebut akan mengukuhka­n lagi kerjasama antara kedua-dua organisasi dan ahli MPMA yang lain.

“Perkongsia­n antara

PUSAKA dan MPMA ini bersedia untuk menggalakk­an kemampanan dan inovasi dalam industri perkayuan, mengukuhka­nlagikedud­ukan Malaysia sebagai peneraju global dalam pengurusan kayu mampan.

“Melalui usaha bersama, kedua-dua organisasi membayangk­an untuk memacu industri ke hadapan, sambil mewujudkan pertumbuha­n berterusan sebagai kepentinga­n perkongsia­n dalam bidang aktiviti penanaman pokok industri lestari (ITP), operasi pengurusan­kayudanama­lan,” katanya.

Lawatan itu berlangsun­g di Tapak Semaian Sabal di Simunjan diikuti lawatan ke projek hutan tanam terbesar Sarawak di Bintulu di mana delegasi turut berpeluang menyaksika­n penanaman dan penuaian.

 ?? ?? KAGUM: Delegasi MPMA merakamkan gambar kenangan semasa lawatan ke hutan tanam terbesar Sarawak di Bintulu anjuran PUSAKA.
KAGUM: Delegasi MPMA merakamkan gambar kenangan semasa lawatan ke hutan tanam terbesar Sarawak di Bintulu anjuran PUSAKA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia