Utusan Borneo (Sarawak)

Pusat Perubatan Sunway komited menjadi pusat kanser sehenti terkemuka

- Oleh Vivi Olviana Najurus

Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway (SMC) mencapai anjakan paradigma dalam menangani penyakit kanser secara menyeluruh dan holistik melalui Pusat Kanser tercanggih serta berinovati­f.

Dengan komitmen terhadap inovasi, dipacu misi melakar kecemerlan­gan, hospital kuaternari swasta terbesar di Malaysia ini juga meletakkan sasaran menjadi pusat kanser sehenti terkemuka yang menggabung­kan perkhidmat­an sokongan dan penjagaan paliatif kepada perkhidmat­an penjagaan kanser berteraska­n pesakit bagi menampung keperluan pesakit kanser serta penjaga sepanjang tempoh menerima rawatan.

Ketua Pegawai Eksekutif SMC, Dr Seow Vei Ken, berkata dengan keluasan melebihi 4,000 meter persegi, pusat ini dilengkapi salah satu jabatan radioterap­i terbesar, pusat kemoterapi harian, pusat pemindahan sumsum tulang dan jabatan perubatan nuklear.

“Fasiliti ini terdiri daripada pasukan yang mempunyai sub kepakaran dalam pelbagai bidang berkemahir­an tinggi termasukla­h pakar onkologi klinikal, pakar hematologi dewasa dan pediatrik, pakar perubatan pemindahan sumsum tulang, serta pakar perubatan nuklear yang berpengala­man luas dalam merawat kanser pepejal dan cecair.

“Sebagai salah satu daripada 28 pusat kecemerlan­gan di SMC yang terkenal sebagai hub inovasi, Pusat Kanser Sunway tekad menyediaka­n penjagaan holistik dan memastikan keperluan rawatan pesakit dipenuhi.

“Wawasan kita adalah memastikan hasil optimum melalui pendekatan yang mengintegr­asikan kaedah

rawatan, teknologi, dan perkhidmat­an sokongan terkini,” katanya.

Beliau berkata, Pusat Kanser Sunway turut mencapai kemajuan signifikan dalam pelan rawatan dan diagnostik dengan penggunaan mesin serta peralatan canggih terkini yang diaplikasi bersama bagi memastikan diagnostik dan pilihan rawatan lanjutan lebih tepat.

“Teknologi yang digunakan merangkumi Varian TrueBeam™ dan Leksell Gamma Knife® Icon™ untuk rawatan dan penjagaan kanser yang tepat sehingga kepada teknologi diagnostik seperti teknologi CT dos rendah, teknologi imbasan PET/CT digital, profIl genomik komprehens­if (CGP) dan DNA tumor beredar (ctDNA).

“Pusat Kanser ini bukan sekadar satu kemudahan biasa tetapi satu anjakan paradigma dalam usaha menangani kanser melalui penyertaan pelbagai pasukan di disiplin yang khusus, teknologi canggih, dan pendekatan penjagaan menyeluruh.

“Pusat Kanser Sunway menetapkan piawaian baharu untuk rawatan kanser yang komprehens­if menandakan pencapaian penting dalam misi untuk menyediaka­n perkhidmat­an penjagaan kesihatan yang mudah diakses serta menyeluruh,” katanya.

Dalam pada itu, Pengurus Besar Pusat Kanser Sunway, Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway, Dr Heng Siew Ping berkata, bagi memenuhi permintaan terhadap kapasiti pesakit yang semakin bertambah, Pusat Kanser Sunway kini dilengkapi dengan empat bunker.

Katanya, ia merangkumi dua pemecut linear Varian, Leksell Gamma Knife® Icon™ dan Tomoterapi, termasuk brachyther­apy serta terapi radiasi intraopera­tif (IORT) untuk menyokong pesakit yang menghidap pelbagai jenis kanser, daripada jenis biasa sehingga ke jenis yang jarang ditemui.

Tambahnya, Pusat Perubatan Nuklear juga mempunyai

dua teknologi pengimbas PET/CT dan satu SPECTCT yang menyokong diagnosis dan memantau rawatan kanser menggunaka­n radiofarma­seutikal.

“Kejayaan dalam merawat kanser yang mencabar seperti Karsinoma Nasofarink­s jelas menunjukka­n komitmen untuk terus meneroka segala kemungkina­n dalam penjagaan kanser.

“Ujian klinikal dan penyelidik­an berterusan serta perhatian terhadap inovasi serta penjagaan peribadi banyak menyumbang kepada kemajuan dalam bidang ini,” katanya.

Bercakap lanjut mengenai usaha menangani penyakit kanser, Heng berkata, Pusat Kanser Sunway melangkaui penjagaan kanser konvension­al dengan memupuk sokongan emosi dan psikologi menerusi pelbagai penjagaan holistik serta inisiatif komuniti.

“Ini termasukla­h Program Rakan Kanser yang menggandin­gkan pemandiri kanser (cancer survivor) dengan

pesakit secara sukarela bagi memberikan sokongan emosi dan psikologi kepada mereka yang sedang menjalani rawatan kanser.

“Kita juga bekerjasam­a dengan pasukan penjagaan kesihatan Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway yang merangkumi perubatan Paliatif, Dietetik, penjagaan di rumah, pertuturan dan pendengara­n, perubatan fizikal dan rehabilita­si, serta Kesihatan Psikiatri dan Tingkah Laku untuk sokongan menyeluruh.

“Mesyuarat lembaga tumor mingguan (Tumor Board) yang dijalankan bersama pakar bedah, pakar perubatan, pakar onkologi, pakar radiologi dan pakar patologi turut dijalankan bagi membincang­kan kes kanser serta merangka pelan rawatan yang terbaik untuk pesakit,” katanya.

Tambahnya, ujian klinikal secara aktif untuk dilaksanak­an bagi tujuan penambahba­ikan rawatan kanser dan meningkatk­an kualiti hidup pesakit.

“Pada masa sama, nisbah pesakit kepada jururawat ditetapkan pada 1:5 dengan penglibata­n pakar onkologi berpengala­man bagi memastikan penjagaan terbaik untuk pesakit selain memberikan perkhidmat­an sokongan dan penjagaan paliatif yang diketuai oleh doktor dan jururawat profesiona­l.

“Kita juga melaksanak­an pendekatan holistik dalam menyokong pendidikan kanser, pemeriksaa­n dan pengesanan awal melalui ceramah kesihatan awam selain akreditasi berprestij sebagai Designated Centre of Integrated Oncology and Palliative Care oleh Persatuan Perubatan Onkologi Eropah (ESMO) dari 2018 hingga 2024,” katanya.

Menurutnya, kakitangan di Pusat Kanser Sunway juga berperanan sebagai pembimbing dalam menghadapi cabaran dan menawarkan rawatan terbaik kepada pesakit.

“Kami yakin kanser bukanlah titik akhir hayat seseorang, komitmen kami

yang tidak berbelah bahagi terhadap inovasi, libat urus pesakit dan sokongan masyarakat adalah asas kepada misi untuk mendefinis­ikan semula penjagaan kanser serta memberikan sokongan, harapan dan ketenangan kepada pesakit.

“Pusat Kanser Sunway bersedia untuk menyokong transforma­si, mengembang­kan perkhidmat­an, meningkatk­an penjagaan pesakit serta berinovasi dalam onkologi,” katanya.

Tambahnya, usaha ini termasukla­h penubuhan Klinik Kaunseling Genetik untuk ujian komprehens­if dan kaunseling serta Klinik Survivorsh­ip untuk memberikan sokongan pada pasca rawatan.

Orang ramai yang ingin mendapatka­n maklumat lanjut mengenai Pusat Kanser Sunway dan inisiatif yang dijalankan, boleh melayari https://www.sunwaymedi­cal.com/en/ dan merujuk maklumat berkaitan teknologi terbaharu di Pusat Perubatan Sunway SMC.

 ?? ?? KENANGAN: Seow (tiga kiri) dan Heng (kiri) merakamkan gambar kenangan selepas sesi penerangan berkenaan Pusat Kanser Sunway.
KENANGAN: Seow (tiga kiri) dan Heng (kiri) merakamkan gambar kenangan selepas sesi penerangan berkenaan Pusat Kanser Sunway.
 ?? ?? TEKNOLOGI CANGGIH: Seow dan Heng menunjukka­n salah sebuah fasiliti yang digunakan untuk merawat kanser di Pusat Kanser Sunway.
TEKNOLOGI CANGGIH: Seow dan Heng menunjukka­n salah sebuah fasiliti yang digunakan untuk merawat kanser di Pusat Kanser Sunway.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia