Utusan Borneo (Sarawak)

Pameran penutupan Sequence 2024 First City University College serlah kecanggiha­n reka bentuk

- Oleh Harshini Anantha Rao

First City University College sekali lagi menyerlahk­an dominasiny­a dalam pendidikan reka bentuk dengan memperkena­lkan Sequence 2024 yang dinantinan­tikan di Pusat Beli-Belah 1 Utama di sini, baru-baru ini.

Acara istimewa tersebut yang dihoskan oleh Fakulti Reka Bentuk, Bangunan dan Alam Sekitar, mempamerka­n projek-projek luar biasa pelajar yang sedang menamatkan pengajian dari pelbagai disiplin, termasuk BA (Kepujian) Reka Bentuk Grafik, BA (Kepujian) Reka Bentuk Perabot dan Produk, BA (Kepujian) Reka Bentuk Dalaman dan Reka Bentuk, serta BA (Kepujian) Pemasaran Fesyen.

Sequence 2024 berbeza daripada pameran penutupan konvension­al dengan menyediaka­n platform menarik untuk projek-projek bertaraf profesiona­l yang dihasilkan dengan cukup kemahiran oleh para perancang dan peminat fesyen yang bercitacit­a tinggi.

Majlis pelancaran pameran itu dihadiri ramai tetamu terkemuka, antaranya Naib Canselor Prof Dr Saw Sor Heoh dari First City University College, Pengarah Genre Associates IDr Christine Rowland dan Ahli Majlis Malaysian Institute of Interior Design (MIID) serta rakan-rakan industri.

Dr Saw, dalam ucapan alu

annya memuji Fakulti Reka Bentuk dan Alam Sekitar atas kejayaan pengurusan pameran edisi ke-22 itu.

Beliau menekankan komitmen fakulti terhadap kecemerlan­gan, merujuk kepada pelbagai penghargaa­n dan pencapaian yang diperolehi pelajar dan ahli fakulti.

Beliau turut berkongsi kejayaan para pelajar meraih pelbagai anugerah termasuk emas, perak, gangsa dan penghargaa­n kehormat sempena acara MIID Student Saturday pada November 2023.

“Ini adalah bukti kualiti pelajar dan komitmen yang tidak berbelah bahagi fakulti

terhadap kecemerlan­gan,” kata Dr Saw.

Sementara itu, Christine yang terkenal dalam industri reka bentuk dan mewakili MIID, merasmikan pameran dengan mengucapka­n tahniah kepada pelajar atas pencapaian luar biasa mereka dalam mencipta projek yang memberi inspirasi.

Beliau berkongsi aspirasiny­a agar MIID terus terlibat aktif, memupuk perkembang­an pelajar First City University College menjadi perancang profesiona­l.

Selain itu, beliau memberi dorongan kepada pelajar untuk merangkul pembelajar­an sepanjang hayat sebagai

unsur penting untuk kekal relevan dalam industri yang dinamik.

Pelancaran Sequence 2024 dimulakan dengan gimik pembukaan yang memukau bertransis­i ke SQ 2024 Showreel - penerangan yang menarik tentang hasil kerja luar biasa graduan.

Sorotan acara termasuk persembaha­n fesyen di mana model memperagak­an hasil ciptaan pelajar Pemasaran Fesyen yang sedang menamatkan pengajian.

Sequence 2024 berlangsun­g dari 10 hingga 14 Januari 2024 di Pusat Beli-Belah 1 Utama, dengan pelancaran rasmi pada 12 Januari 2024.

 ?? ?? UNTUK ALBUM: Christine (tengah) dan Dr Saw (kanan) merakamkan kenangan pada acara Sequence 2024 baru-baru ini.
UNTUK ALBUM: Christine (tengah) dan Dr Saw (kanan) merakamkan kenangan pada acara Sequence 2024 baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia