Utusan Borneo (Sarawak)

TH sangkal dakwaan agih kuota haji kepada PJH

-

Lembaga Tabung Haji (TH) semalam menafikan dakwaan bahawa ia mengagihka­n kuota tertentu kepada pihak swasta atau Pengendali Jemaah Haji (PJH).

TH dalam kenyataan semalam memaklumka­n, kuota haji berjumlah 31,600 yang telah diberikan kerajaan Arab Saudi adalah mengikut sistem pendaftara­n haji terbuka berdasarka­n konsep ‘Mendaftar Dahulu, Didahuluka­n’ yang dilaksanak­an sejak dari tahun 1995.

“Apabila bakal jemaah sudah terpilih di dalam kuota tahunan, mereka boleh memilih sama ada ingin menunaikan ibadat haji melalui TH (Muassasah) atau melalui syarikat-syarikat PJH yang telah dilesenkan oleh TH.

“Bakal Haji yang memilih syarikat PJH adalah mereka yang berkemampu­an untuk membayar lebih dari kos haji bagi mendapatka­n perkhidmat­an yang lebih baik dari Muassasah,” menurut kenyataan itu.

TH juga berkata dakwaan ia hanya mengendali­kan 11,000 jemaah pada tahun ini adalah tidak benar kerana majoriti jemaah haji atau sekitar 70 peratus hingga 80 peratus adalah melalui Muassasah.

Tambahnya, syarikat PJH membuat bayaran kepada TH bagi setiap jemaahnya untuk perkhidmat­an dan kemudahan di Tanah Suci termasuk bayaran wajib yang dikenakan oleh pihak Arab Saudi.

TH turut menasihati orang ramai agar tidak mudah percaya dengan berita palsu yang tular di media sosial, dan bakal jemaah Haji dinasihatk­an untuk merujuk kepada platform media sosial rasmi TH bagi mendapatka­n maklumat yang sahih, tepat dan terkini.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh dirujuk dengan menghubung­i Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia