Utusan Borneo (Sarawak)

Thaipusam disambut meriah, harmoni di seluruh negara

Penganut Hindu membanjiri Kuil Sri Subramania­r Swamy, Batu Caves seawal 8 pagi bagi menyempurn­akan nazar mereka

- Menteri Digital

KUALA LUMPUR: Perayaan Thaipusam yang diraikan penganut Hindu semalam, disambut meriah dalam suasana harmoni di seluruh negara.

Kemeriahan sambutan perayaan itu dirasai di Kuil Sri Subramania­r Swamy, Batu Caves di sini, menyaksika­n lautan penganut Hindu membanjiri kuil seawal 8 pagi untuk menyempurn­akan nazar masing-masing dengan membawa Paal Kudam (belanga susu) dan kavadi selain memecahkan kelapa serta mencukur rambut sebagai penebus dosa.

Menteri Digital Gobind Singh Deo turut hadir di kuil itu sempena perayaan Thaipusam yang dirai pada bulan Thai iaitu bulan ke-10 dalam kalendar Tamil.

Ketika ditemui pemberita, beliau berkata difahamkan lebih dua juta pengunjung terdiri daripada rakyat Malaysia mahupun pelancong luar negara, bersama-sama memeriahka­n sambutan pada hari ini (semalam).

“Selain penganut Hindu yang hadir, kita ada ramai (pengunjung) daripada masyarakat seluruh Malaysia yang datang untuk melihat perayaan Thaipusam. Ini adalah satu aspek pelanconga­n cukup besar dan penting untuk pihak kita,” katanya.

Di PERAK, tinjauan Bernama mendapati ribuan penganut Hindu membanjiri Kuil Kallumalai Arulmigu Sri Subramania­r di Gunung Cheroh, Ipoh, sejak awal pagi, malah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) M. Kulasegara­n turut mengunjung­i kuil itu.

Turut kelihatan beberapa reruai yang antaranya menjual makanan, minuman dan pakaian dibuka di sekitar dan dalam kawasan kuil, selain perkhidmat­an Paal Kudam disediakan secara percuma dengan penganut Hindu beratur beramai-ramai untuk mendapatka­nnya.

Menurut Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat

Aris, dianggarka­n 350,000 pengunjung termasuk penganut Hindu hadir ke kuil berkenaan sejak kelmarin hingga hari ini.

“Situasi keselamata­n di Perak ketika ini untuk sambutan Thaipusam di kuil-kuil adalah dalam keadaan terkawal,” katanya.

Di PULAU PINANG, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin berkata dianggarka­n 100,000 pengunjung hadir ke negeri itu bagi meraikan perayaan Thaipusam yang turut dimeriahka­n dengan penganut beragama lain serta pelancong luar negara.

“Ini berdasarka­n pergerakan keluar masuk dan hasil pemantauan setakat ini mendapati, keadaan masih terkawal serta sambutan juga berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini,” katanya selepas mengadakan tinjauan penugasan anggota sempena Thaipusam berhampira­n Kuil Sri Arulmigu Balathanda­yuthabani, George Town.

Ribuan penganut Hindu di negeri itu meraikan Thaipusam sejak kelmarin dengan perarakan dua pedati iaitu pedati emas dan pedati perak ke Kuil Sri Arulmigu Balathanda­yuthabani manakala pada semalam, mereka membawa

pelbagai jenis kavadi ke kuil itu bagi membayar nazar dan mendapat restu daripada Dewa Murugan.

Di NEGERI SEMBILAN, suasana sambutan Thaipusam di Kuil Sri Balathanda­yuthapani di Seremban, juga meriah dengan kehadiran hampir 6,000 penganut Hindu di kuil itu.

Presiden kuil R.Parameswar­an berkata populasi penganut Hindu di negeri itu adalah 15 peratus dan menjadikan kuil induk tersebut sebagai tumpuan untuk meraikan upacara keagamaan.

“Penganut Hindu di sini

tiba seawal 6.30 pagi di kuil. Mereka berarak sejauh tiga kilometer membawa Paal Kudam menuju kuil ini,” katanya dan menambah perarakan mengelilin­gi Bandaraya Seremban juga akan diadakan pada 7 malam nanti.

Thaipusam adalah hari

bagi memperinga­ti peristiwa Dewi Parvati memberikan lembing suci kepada anak lelakinya Dewa Murugan, untuk menghapusk­an kuasa jahat Soorapadma­n dan mengembali­kan kemakmuran serta kesejahter­aan manusia. — Bernama

“Selain penganut Hindu yang hadir, kita ada ramai (pengunjung) daripada masyarakat seluruh Malaysia yang datang untuk melihat perayaan Thaipusam. Ini adalah satu aspek pelanconga­n cukup ” besar dan penting untuk pihak kita. Gobind Singh Deo

 ?? — Gambar Bernama ?? RITUAL: Penganut agama Hindu menjunjung belanga berisi susu bagi upacara ‘paal kudam’ iaitu salah satu upacara keagamaan ketika menyertai perarakan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves semalam.
— Gambar Bernama RITUAL: Penganut agama Hindu menjunjung belanga berisi susu bagi upacara ‘paal kudam’ iaitu salah satu upacara keagamaan ketika menyertai perarakan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? MERIAH: Keadaan semasa menjelang tengah hari sempena sambutan perayaan Thaipusam ketika tinjauan di Batu Caves semalam.
— Gambar Bernama MERIAH: Keadaan semasa menjelang tengah hari sempena sambutan perayaan Thaipusam ketika tinjauan di Batu Caves semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia