Utusan Borneo (Sarawak)

Newcastle enggan lepaskan Trippier

-

Kelab juara Bundesliga Jerman, Bayern Munich, membuat tawaran lebih baik untuk mendapatka­n pemain pertahanan antarabang­sa England, Kieran Trippier namun masih tetap ditolak oleh kelabnya, Newcastle United, menurut sumber.

Bayern dikatakan membuat satu tawaran – dipercayai sekitar 8 juta euro – yang ditolak oleh Newcastle minggu lepas sebelum mereka membuat tawaran lebih baik pada Selasa.

Tawaran baharu, yang dipercayai bernilai sekitar 15 juta euro, juga telah ditolak oleh kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Trippier adalah salah seorang daripada beberapa pemain yang menjadi pertimbang­an kelab ketika jurulatihn­ya, Thomas Tuchel mahu mendapatka­n seorang pemain pertahanan kanan bulan ini selepas terlepas peluang mendapatka­n pemain pertahanan kelab Manchester City, Kyle Walker pada musim panas lepas.

Bayern mahu mendapatka­n Nordi Mukiele untuk kontrak pinjaman dengan satu pilihan pembelian tetap untuk pemain berusia 26 tahun itu tetapi kelabnya, Paris Saint-Germain (PSG) lebih berminat dengan perpindaha­n tetap supaya mereka boleh melabur semula wang penjualann­ya.

Sumber menambah Bayern kemudian beralih kepada Trippier, yang mempunyai baki kontrak 18 bulan di ST James’ Park.

Bagaimanap­un, pengurus Newcastle, Eddie Howe, pastinya keberatan untuk melepaskan pemain pertahanan berusia 33 tahun, yang membentuk bahagian penting dalam mengubah pasukan yang layak ke Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun musim lepas.

Trippier menyertai Newcastle United pada bulan Januari 2022 dan dinamakan sebagai pemain terbaik kelab pada akhir musim penuh pertamanya di kelab pad 2022/2023.

Jika Trippier berpindah ke Munich, dia akan menjadi bekas pemain Spurs yang ketiga berpindah ke Bayern dalam tempoh lima bulan, selepas ketibaan Eric Dier pada 11 Januari dan Harry Kane pada Ogos 2023.

Dalam perkembang­an lain, Newcastle mengumumka­n bahawa pemain tengahnya, Joelinton, menjalani pembedahan kecederaan paha yang akan menyebabka­nnya tidak dapat beraksi sehingga bulan Mei.

Pemain antarabang­sa Brazil itu mengalami kecederaan awal bulan ini ketika Newcastle menewaskan Sunderland di pusingan ketiga Piala FA Inggeris.

 ?? TRIPPIER ??
TRIPPIER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia