Utusan Borneo (Sarawak)

Kemenangan Maghribi bantu tuan rumah teruskan kempen

Ivory Coast yang berdepan ancaman tersingkir dari AFCON terselamat tetapi akan berdepan Senegal pada Isnin ini

-

ABIDJAN: Kemenangan 1-0 Maghribi ke atas Zambia dalam aksi Piala Negara Afrika (AFCON) pada Rabu membantu Ivory Coast melangkah ke pusingan kedua kejohanan, selepas sehari di mana pasukan tuan rumah memecat jurulatih mereka.

Pada hari terakhir perlawanan pusingan pertama, yang turut menyaksika­n Namibia mengesahka­n tempat ke pusingan kedua AFCON buat kali pertama dalam sejarah mereka, sementara Afrika Selatan juga meneruskan kemaraan dan beberapa pasukan gergasi benua Afrika bertindak dari penyingkir­an mengejut mereka dengan memecat jurulatih masingmasi­ng.

Maghribi menewaskan Zambia dalam aksi di SanPedro untuk menjuarai Kumpulan F dan menyebabka­n Zambia, yang dibimbing Avram Grant, tersingkir dari kejohanan.

Hakim Ziyech menjaringk­an gol tunggal perlawanan pada lewat separuh masa pertama dan mereka akan kekal di San-Pedro untuk perlawanan pusingan kedua menentang Afrika Selatan pada Selasa depan.

Kemenangan Maghribi juga diraikan oleh penyokong tuan rumah kerana ia membolehka­n pasukan mereka melangkah ke pusingan kedua sebagai salah satu dari empat pasukan ketiga terbaik di pusingan pertama.

Ivory Coast membayangk­an kemungkina­n tersingkir di pusingan pertama kejohanan selepas dimalukan 0-4 oleh Equatorial Guinea pada Isnin.

Mereka adalah tuan rumah kejohanan yang pertama dalam tempoh 40 tahun yang tewas dua perlawanan pusingan pertama – 0-2 kepada Guinea Bissau pada perlawanan pertama yang ternyata sudah memadai.

Bagaimanap­un, mereka akan berdepan tugas sukar menentang juara bertahan, Senegal di Yamoussouk­ro pada Isnin, dan akan melakukann­ya dengan jurulatih baharu.

Jurulatih veteran, JeanLouis Gasset, dipecat oleh Persekutua­n Bola Sepak Ivory

(FIF) pada Rabu, dengan penolongny­a, Emerse Fae dilantik menggantik­an tempat Gasset.

Fae bermain bersama-sama penyerang legenda Didier Drogba ketika Ivory Coast tewas kepada Mesir di final AFCON 2006.

DR Kongo layak ke pusingan kedua dalam aksi Kumpulan F, di belakang Maghribi selepas seri tanpa jaringan dengan Tanzania di Korhogo.

Keputusan seri yang ketiga berturut-turut itu membolehka­n Kongo menempah

pertemuan menentang juara tujuh kali, Mesir di San-Pedro pada Ahad.

Tanzania menamatkan kejohanan di tangga tercorot dan mereka masih belum memenangi sebarang perlawanan di AFCON dari sembilan perlawanan dalam sepanjang tiga penampilan.

Namibia layak ke pusingan kedua kejohanan buat kali pertama dalam sejarah mereka selepas seri tanpa jaringan dengan Mali di San-Pedro, satu keputusan yang membolehka­n mereka menamatkan saingan pusingan

pertama dengan empat mata dalam Kumpulan E dan layak selaku salah satu pasukan tempat ketiga terbaik.

Layak ke AFCON keempat mereka, Namibia akan menentang pasukan jiran, Angola di Bouake pada Sabtu untuk memburu satu tempat ke peringkat suku akhir.

Mali menamatkan saingan di tangga teratas dan menempah pertemuan menentang Burkina Faso.

Tiada keputusan seri tanpa jaringan dalam kejohanan ini sehingga pada Rabu, apabila

tiga dari empat perlawanan berkesudah­an dengan seri tanpa jaringan, termasuk perlawanan di antara Afrika Selatan dan Tunisia.

Keputusan seri itu membolehka­n Afrika Selatan mara tetapi menyingkir­kan Tunisia, juara 2004 dan juga pasukan ranking ketiga dalam bola sepak benua Afrika.

Jurulatih Tunisia, Jalel Kadri, mengumumka­n dia meletak jawatan selepas keputusan itu, menyuaraka­n

keputusann­ya dalam satu temu bual televisyen: “Keputusan saya sudah jelas, kontrak saya berdasarka­n sasaran kelayakan ke peringkat separuh akhir dan oleh kerana kami gagal mencapai sasaran itu, maka kontrak saya sudah berakhir.”

Jurulatih Algeria, Djamel Belmadi dan jurulatih Ghana, Chris Hughto, juga dipecat selepas kedua-dua negara gagal meneruskan saingan pada Selasa.

 ?? — Gambar AFP ?? HANGAT: Babak aksi perlawanan AFCON di antara Zambia dan Maghribi dalam Kumpulan F di Stade Laurent Pokou di San Pedro.
— Gambar AFP HANGAT: Babak aksi perlawanan AFCON di antara Zambia dan Maghribi dalam Kumpulan F di Stade Laurent Pokou di San Pedro.
 ?? — Gambar AFP ?? HANGAT: Tanzania bertemu dengan DR Congo di Korhogo.
— Gambar AFP HANGAT: Tanzania bertemu dengan DR Congo di Korhogo.
 ?? — Gambar AFP ?? LASAK: Mali bertemu dengan Namibia.
— Gambar AFP LASAK: Mali bertemu dengan Namibia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia