Utusan Borneo (Sarawak)

Piala Asia: Jepun melangkah ke pusingan kedua

-

DOHA: Jepun melangkah selesa ke pusingan kedua Piala Asia pada Rabu dengan satu kemungkina­n bertemu dengan Korea Selatan, sementara Iraq, yang sudah layak sebelum sepak mula, berpesta gol.

Ayase Ueda menjaringk­an gol dalam kedua-dua babak, selain gol sendiri lewat Indonesia melengkapk­an jaringan ketika Jepun menang 3-1 untuk muncul naib juara Kumpulan D di belakang Iraq.

Jepun sekarang dijangka akan bertemu dengan juara Kumpulan E – pasukan yang termasuk Korea Selatan.

Korea Selatan ketika ini berada di tangga kedua kumpulan dengan perbezaan gol berbanding Jordan dan bermain lewat menentang Malaysia pada perlawanan terakhir kumpulan.

Iran juga berkemungk­inan menjadi lawan Jepun di peringkat suku akhir dan jurulatih Jepun, Hajime Moriyasu berkata mereka menyerlah pada masa yang sesuai untuk berdepan apa jua cabaran yang akan dihadapi.

“Iran dan Korea Selatan adalah pasukan gergasi di Asia dan kedua-dua pasukan ini sangat kuat. Mereka memiliki gaya permainan yang sangat berbeza dengan kami dan kami menghormat­inya,” kata Hajime.

“Ia satu langkah ke hadapan dari segi kualiti ketika kami memasuki saingan memburu kejuaraan.”

Moriyasu melakukan lapan pertukaran dari kesebelasa­n utama yang dikejutkan 1-2 oleh Iraq, menurunkan keseluruha­n muka baharu di benteng pertahanan.

Dia bagaimanap­un mengekalka­n kepercayaa­n kepada penjaga gol, Zion Suzuki, yang melakukan kesilapan ketika menentang Iraq dan menerima cemuhan perkauman di media sosial selepas kekalahan itu.

Tetapi masih tiada tempat untuk pemain sayap kelab Brighton, Kaoru Mitoma, yang tidak langsung tersenarai dalam skuad perlawanan untuk kali ketiga berturut-turut selepas

masih bergelut dengan tahap kecergasan­nya.

Jepun diberikan satu tendangan penalti seawal minit keenam selepas semakan video bantuan pengadil (VAR) mendapati pemain pertahanan Indonesia, Jordi Amat mengasari Ueda dalam kotak penalti.

Ueda sendiri menyempurn­akan penalti dengan menewaskan penjaga gol Ernando Ari.

Jepun menambah jaringan tujuh minit selepas rehat apabila Risu Doan melolosi pertahanan Indonesia di bahagian sayap sebelum mengumpan bola kepada Ueda untuk melakukan penyudah kemas.

Ueda memburu gol hatrik dan asakannya menyebabka­n pemain pertahanan Indonesia, Justin Hubner tertolak bola ke pintu golnya sendiri pada minit ke-88.

Indonesia menjaringk­an gol sagu hati pada minit ke-91 menerusi gol Sandy Walsh.

Mereka menamatkan saingan

kumpulan di tangga ketiga dan akan menunggu keputusan lain untuk mengetahui sekiranya mereka adalah salah satu dari empat pasukan tangga ketiga terbaik untuk layak ke pusingan kedua kejohanan.

Iraq, juara 2007, yang sudah memenangi kumpulan, menjaringk­an gol kemenangan pada minit kecederaan ketika menewaskan Vietnam 3-2.

Aymen Hussein menjaringk­an dua gol, termasuk gol kemenangan dari satu tendangan penalti minit kecederaan untuk menambah koleksi gol peribadi kepada lima gol dalam kejohanan ini.

Vietman mendahului tiga minit sebelum rehat menerusi gol Bui Hoang Viet Anh dari satu tendangan percuma Khuat Van Khang.

Ia mungkin penglibata­n terakhir Khuat dalam perlawanan itu apabila dibuang padang pada minit akhir sebelum rehat selepas

menerima kad kuning kedua perlawanan.

Rebin Sulaka mengikat kedudukan tidak lama selepas rehat dan Hussein, yang dimasukkan sebagai pemain gantian, meletakkan Iraq 2-1 di hadapan.

Hussein gagal menyempurn­akan satu tendangan penalti dan ia kelihatan akan memberi kesan kepadanya apabila Nguyen Quang Hai

mengikat kedudukan pada minit ke-90 buat Vietnam.

Namun Vietnam menghadiah­kan penalti pada minit kecederaan dan kali ini, Hussein tidak melakukan kesilapan yang sama untuk menjaringk­an gol kemenangan.

“Dia cukup berani untuk mengambil penalti kedua,” kata jurulatih Iraq, Jesus

 ?? — Gambar AFP ?? DETIK CEMAS: Babak aksi perlawanan Piala Asia di antara pasukan Jepun menentang Indonesia yang berlangsun­g di Stadium al-Thumama di Doha.
— Gambar AFP DETIK CEMAS: Babak aksi perlawanan Piala Asia di antara pasukan Jepun menentang Indonesia yang berlangsun­g di Stadium al-Thumama di Doha.
 ?? — Gambar AFP ?? SENGIT: Perlawanan Piala Asia Kumpulan D di antara Iraq dan Vietnam di Stadium Jassim bin Hamad di Doha.
— Gambar AFP SENGIT: Perlawanan Piala Asia Kumpulan D di antara Iraq dan Vietnam di Stadium Jassim bin Hamad di Doha.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia