Utusan Borneo (Sarawak)

Liverpool, Chelsea bersua di final

Perlawanan akhir Piala Liga Inggeris akan dilangsung­kan di Stadium Wembley pada 25 Februari depan

- — AFP

LONDON: Liverpool akan bertemu Chelsea di final Piala Liga Inggeris selepas terselamat ancaman ketika seri 1-1 dengan Fulham dalam perlawanan separuh akhir kedua pada Rabu.

Mendahului 2-1 dari perlawanan pertama, Liverpool membuka jaringan menerusi gol awal Luis Diaz di Craven Cottage.

Ia seharusnya menjadi isyarat untuk malam yang selesa buat anak buah Jurgen Klopp.

Namun mereka mensiasiak­an beberapa peluang untuk menamatkan saingan Fulham sebelum gol lewat Issa Diop mencemaska­n Liverpool.

Walaupun bergelut dengan asakan demi asakan Fulham, Liverpool akhirnya berjaya bertahan sehingga ke wisel penamat untuk kemenangan agregat 3-2.

Dalam apa yang merupakan ulangan final 2022 di mana Liverpool menang menerusi penentuan sepakan penalti, Liverpool akan membuat penampilan ke-14 mereka di final kejohanan menentang Chelsea di Stadium Wembley pada 25 Februari depan.

Liverpool sudah memenangi kejohanan ini untuk rekod sembilan kali sementara Chelsea, yang membelasah Middlesbro­ugh 6-2 secara agregat, memenangi kejohanan ini sebanyak lima kali

dengan kejuaraan terakhir ialah pada 2015.

Dengan penyerang utama, Mohamed Salah mengalami kecederaan serius ketika beraksi bersama Mesir di kejohanan Piala Negara Afrika (AFCON), Liverpool dijangka tidak dapat menurunkan Salah untuk beberapa minggu.

Tetapi ketika ketiadaan Salah, kemenangan ke atas

Bournemout­h dalam aksi Liga Perdana Inggeris pada Ahad membolehka­n mereka kini berkelebih­an lima mata di singgahsan­a liga.

Liverpool juga masih bersaing dalam pertanding­an Piala FA Inggeris dan Liga Europa, memberikan mereka satu peluang untuk memburu empat kejuaraan pada musim ini.

Perlawanan bermula dengan

harapan yang tinggi di Craven Cottage dengan ucapan bersemanga­t sebelum perlawanan buat penyokong Fulham, yang membalas dengan sorakan yang menyamai reputasi mereka.

Namun Liverpool tidak mengambil masa yang lama untuk menyentak keyakinan Fulham.

Liverpool tidak membuang

masa melakukan serangan dengan satu tandukan Diaz sedikit tersasar dari tendangan percuma Harvey Elliott seawal minit kedua permainan.

Apa yang pasti, Joao Palhinha mensia-siakan peluang keemasan untuk meletakkan Fulham di hadapan apabila dia yang tidak dikawal merembat tinggi satu tendangan sudut Andreas Pereira.

Diaz menambah kelebihan gol Liverpool pada minit ke-11 apabila memenangi cabaran bola di udara sebelum melakukan satu rembatan yang menewaskan penjaga gol Fulham, Bernd Leno.

Diaz, yang sentiasa mencemaska­n pertahanan Fulham, ada menjaringk­an gol kedua pada pertengaha­n separuh masa kedua namun golnya tidak dibenarkan selepas Darwin Nunez berkeduduk­an ofsaid.

Walaupun terus mengawal permainan, Liverpool gagal menambah jaringan dan mereka juga hampir bolos gol penyamaan jika tidak kerana ketangkasa­n penjaga golnya, Caoimhin Kelleher yang menepis satu cubaan Raul Jimenez dari luar kotak penalti.

Kelleher juga menepis satu cubaan Willian tidak lama selepas itu sebelum Liverpool kembali mengawal rentak.

Pada minit akhir, Liverpool kelihatan berpuas hati dengan pendahulua­n 1-0 untuk agregat 3-1 namun Wilson berjaya merapatkan kedudukan apabila Wilson menyempurn­akan hantaran Diop untuk kedudukan agregat 3-2.

Pada minit kecederaan, Kelleher menepis satu lagi cubaan Wilson sebelum Liverpool akhirnya menarik nafas lega mendengar wisel penamat perlawanan.

 ?? — Gambar AFP ?? BERTEMBUNG: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Piala Liga Inggeris di antara Fulham dan Liverpool yang berlangsun­g di Stadium Craven Cottage di London.
— Gambar AFP BERTEMBUNG: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Piala Liga Inggeris di antara Fulham dan Liverpool yang berlangsun­g di Stadium Craven Cottage di London.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia