Utusan Borneo (Sarawak)

Copa del Rey: Athletic Bilbao melangkah ke peringkat separuh akhir

-

Inaki Williams bergegas kembali dari Afrika untuk bertemu Barcelona dalam aksi Copa del Rey dan membantu Athletic Bilbao layak ke peringkat separuh akhir dengan menjaringk­an gol penting ketika kemenangan 4-2 dalam masa tambahan pada Rabu.

Penyerang antarabang­sa Ghana itu pada Isnin lepas beraksi untuk Ghana tetapi sempat kembali ke Sepanyol untuk membantu Athletic menyingkir­kan juara bertahan La Liga Sepanyol itu dan juga menambah lagi tekanan ke atas jurulatih Xavi Hernandez.

Athletic menjaringk­an gol seawal minit pertama menerusi gol Gorka Guruzeta tetapi Barca mengubah rentak dengan gol Robert Lewandowsk­i dan Lamine Yamal.

Oihan Sanchet menjaringk­an gol pada awal separuh masa kedua untuk mengikat kedudukan dan kemudian membawa permainan ke masa tambahan. Dia kemudian mengumpan bola kepada Inaki Williams untuk meletakkan Athletic di hadapan.

Adiknya, Nico Williams, melengkapk­an jaringan pada lewat permainan untuk melengkapk­an malam yang hebat untuk pasukan tuan rumah.

Selepas Barcelona dimalukan Real Madrid di final Piala Super Sepanyol, Xavi mengakui pasukannya perlu memenangi satu kejuaraan musim ini.

Mereka ketika ini ketinggala­n lapan mata dari pasukan di tangga teratas La Liga, Girona, dengan Barcelona melihat kejohanan Copa del Rey sebagai peluang akhir untuk memenangi trofi.

Lawan mereka dibimbing bekas jurulatih Barca, Ernesto Valverde dan sokongan padu penyokong mereka di San Mames.

Sorakan semakin kuat apabila Athletic membuka jaringan selepas 36 minit sepak mula.

Dengan benteng pertahanan Barcelona kelihatan masih belum fokus dan Athletic juga mendapat kelebihan dengan beberapa gerakan

pantas, bola sampai ke kaki Guruzeta yang kemudian merembat tepat ke pintu gol.

Bolos gol awal merupakan masalah besar buat Barcelona musim ini – dan kali ini ia adalah gol ketiga terpantas.

Barca bagaimanap­un mempunyai reputasi mampu bangkit dalam perlawanan dan mereka memikirkan mereka melakukann­ya sekali lagi apabila Lewandowsk­i mengikat kedudukan pada minit ke-26

dan enam minit kemudian, mendahului kedudukan buat kali pertama menerusi gol penyerang remaja berusia 16 tahun.

Penjaga gol Athletic, Julen Agirrezaba­la menepis satu cubaan Ferran Torres sebelum rehat dan pasukannya mengikat kedudukan pada awal separuh masa kedua.

Sancet melepasi kawalan Frenkie de Jong untuk menanduk masuk satu umpanan.

Guruzeta seharusnya meletakkan Athletic di hadapan lebih awal tetapi tandukanny­a tersasar.

Inaki, yang kembali semula ke Sepanyol selepas Ghana tersingkir di pusingan pertama kejohanan, merancang kemenangan Athletic.

Niko mengumpan bola untuk gol Sancet, melihat cubaannya sedikit tersasar ketika berbaki lima minit permainan sebelum keduadua pasukan akur akan beraksi dalam 30 minit masa tambahan untuk mencari pemenang.

Inaki meletakkan Athletic di hadapan dengan rembatan bola muntah selepas rembatan awalnya terkena palang gol pada minit akhir sebelum rehat masa tambahan.

Niko melengkapk­an jaringan selepas menerima umpanan daripada abangnya untuk menamatkan cabaran Barcelona.

Dalam perlawanan lain, Real Mallorca mengesahka­n tempat ke separuh akhir apabila menewaskan pendahulu La Liga Sepanyol, Girona 3-2.

Abdon Prats menjaringk­an dua gol selepas Cyle Larin membuka jaringan untuk meletakkan Mallorca 3-0 di hadapan.

Girona cuba bangkit dalam separuh masa kedua menerusi gol Cristhian Stuani dan Savinho ketika Mallorca bertahan dengan 10 pemain selepas Antonio Raillo dibuang padang.

Namun jurulatih Girona, Michel Sanchez, yang lebih memberikan keutamaan kepada saingan kejuaraan liga, merehatkan beberapa pemain utama seperti Artem Dovbyk, Yan Couto dan penjaga gol Paulo Gazzaniga untuk perlawanan ini.

Mallorca, yang kali terakhir memenangi kejohanan ini pada 2003, kali terakhir melangkah ke peringkat separuh akhir kejohanan pada 2009. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TUMPUAN: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan suku akhir Copa del Rey di antara Athletic Bilbao dan Barcelona di Stadium San Mames di Bilbao.
— Gambar AFP TUMPUAN: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan suku akhir Copa del Rey di antara Athletic Bilbao dan Barcelona di Stadium San Mames di Bilbao.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia