Utusan Borneo (Sarawak)

Bayern tundukkan Union Berlin 1-0

-

Raphael Guerreiro menjaringk­an gol tunggal ketika Bayern Munich menewaskan Union Berlin 1-0 di tempat sendiri pada Rabu, dengan jurulatih Union dibuang padang selepas menyambar muka Leroy Sane.

Dengan Bayern mengawal permainan selepas gol Guerreiro dalam separuh masa kedua, penyerang Union, Kevin Behrens dijatuhkan dalam kotak penalti ketika berbaki 20 minit permainan.

Pemain dan kakitangan pasukan Union menjadi semakin marah kerana panel video bantuan pengadil (VAR) kelihatan tidak mahu campur tangan, dengan jurulatih Union, Nenad Bjelica menyambar muka Sane dan menolak pemain sayap itu ketika dia cuba melakukan balingan ke dalam padang.

Bjelica dilayangka­n kad merah serta-merta dan diarahkan meninggalk­an padang, bertengkar dengan penyokong Bayern ketika dia diiringi keluar dari padang oleh petugas stadium sementara Sane menerima kad kuning kerana membalas tindakan.

“Saya tidak mahu berkata apa-apa mengenainy­a, ia adalah bodoh untuk menambah minyak ke dalam api, tetapi ia tidak bagus,” kata jurulatih Bayern, Thomas Tuchel selepas perlawanan.

Bayern berjaya bertahan ketika Union memburu gol penyamaan lewat tetapi ketegangan dalam skuad tuan rumah kelihatan jelas kerana mereka berada di kedudukan yang jarang berlaku iaitu berada di tangga kedua liga, empat mata di belakang pendahulu Bundesliga Jerman, Bayer Leverkusen dengan kedua-dua pasukan sudah bermain dengan jumlah perlawanan yang sama.

Bjelica memberitah­u penyiaran Sky di mana Sane “datang dan membuat provokasi” tetapi berkata “apa yang saya lakukan selepas itu tidak sepatutnya berlaku. Saya menerima kad merah itu.”

Menonton semula insiden desakan penalti itu, Bjelica menambah “saya sudah melihat rakaman tetapi sudah tentu ia bukan mudah untuk memberikan penalti di hadapan 70,000 penonton Bayern.”

 ?? — Gambar AFP ?? AKSI HANGAT: Perlawanan Bundesliga Jerman di antara Bayern Munich dan Union Berlin di Munich.
— Gambar AFP AKSI HANGAT: Perlawanan Bundesliga Jerman di antara Bayern Munich dan Union Berlin di Munich.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia