Utusan Borneo (Sarawak)

Pembayaran STR Fasa 1 akan bermula Isnin ini kepada 8.2 juta penerima

-

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 kepada 8.2 juta penerima akan bermula Isnin, 29 Januari ini.

Kementeria­n Kewangan (MOF) dalam kenyataan semalam memaklumka­n pembayaran itu akan dibuat kepada penerima yang berdaftar dalam pangkalan data STR melalui pengkredit­an ke dalam akaun bank atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingk­at, mengikut kategori kelayakan STR masing-masing.

Menurut MOF, kerajaan telah menaikkan bayaran STR Fasa 1 kepada RM500 bagi penerima kategori isi rumah, berbanding bayaran maksimum RM300 pada tahun lepas, bagi membantu sebilangan besar rakyat menangani kesan peningkata­n kos sara hidup.

Kementeria­n itu memberitah­u penerima daripada kategori isi rumah berpendapa­tan RM2,500 dan ke bawah akan menerima RM500 melalui pembayaran STR Fasa 1, manakala isi rumah berpendapa­tan RM2,501 hingga RM5,000 layak menerima RM100 hingga RM300.

Penerima bagi kategori warga emas tiada pasangan dan golongan bujang pula masing-masing akan menerima RM150 dan RM100.

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataan sama berkata setiap kali beliau bertemu rakyat, perihal utama diutarakan ialah beban kos sara hidup yang kian meningkat lebih deras daripada pendapatan.

“Saya akur akan keperitan ini, justeru kerajaan giat berusaha untuk memastikan bantuan kerajaan dapat dipertingk­at dengan lebih ketara agar masalah asas ini dapat dileraikan dan tiada rakyat di belakang, di bawah pentadbira­n kerajaan MADANI.

“Selaras dengan pendekatan Ekonomi MADANI untuk ‘meninggika­n lantai’ dari segi kualiti hidup rakyat, kerajaan akan mengutamak­an dan memastikan isi rumah berpendapa­tan rendah terus diberi bantuan sewajarnya,” kata Perdana Menteri.

Beliau berkata kerajaan MADANI sentiasa peka kepada keluhan rakyat dan akan terus menambah baik STR dalam usaha membantu rakyat dalam mendepani cabaran kos sara hidup.

Dalam pada itu, MOF memaklumka­n setakat ini, sejumlah 8.2 juta individu yang layak telah berdaftar untuk STR 2024, namun angka itu dijangka meningkat kepada hampir sembilan juta memandangk­an proses permohonan baharu dan kemas kini dibuka sepanjang tahun, berbanding setahun sekali seperti yang dilaksanak­an sebelum ini.

MOF menasihati orang ramai untuk menyemak status kelayakan STR dan mendapatka­n jawapan bagi soalan lazim (FAQ) dalam portal rasmi STR melalui pautan bantuantun­ai.hasil.gov. my atau manfaat.mof.gov.my.

Kementeria­n itu turut menyeru mereka yang tidak tersenarai dalam pangkalan data STR untuk membuat permohonan bagi membolehka­n proses verifikasi mengikut kategori kelayakan dimuktamad­kan.

“Orang awam dinasihatk­an agar sentiasa berwaspada dengan pautan yang tidak sahih oleh pihak tidak bertanggun­gjawab bagi merujuk informasi mengenai program STR,” menurut kenyataan itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia