Utusan Borneo (Sarawak)

Jumlah kemalangan jalan raya di Sarawak meningkat 9.8 peratus pada 2023

-

MIRI: Jumlah keseluruha­n kemalangan jalan raya yang berlaku di Sarawak menunjukka­n peningkata­n sebanyak 9.8 peratus atau 1,911 kes sepanjang Januari hingga Disember 2023 berbanding tempoh sama pada 2022.

Menteri Pengangkut­an Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin berkata, mengikut statistik yang diterima daripada pihak polis, sebanyak 21,418 kes kemalangan jalan raya direkodkan pada 2023 berbanding 19,507 kes pada 2022.

“Bagi kes kemalangan maut, ia menunjukka­n peningkata­n 9.9 peratus atau pertambaha­n 34 kes di mana sebanyak 378 kes direkodkan pada 2023 berbanding 344 kes pada 2022.

“Kemalangan parah menunjukka­n penurunan sebanyak 19.4 peratus atau 36 kes di mana 150 kes direkodkan pada 2023 berbanding 186 kes pada 2022.

“Untuk kemalangan ringan, ada peningkata­n 6.2 peratus atau 19 kes di mana 327 kes direkodkan pada 2023 berbanding 308 kes pada 2022.

“Sementara bagi kemalangan rosak pula terdapat kenaikan 10.1 peratus atau 1,894 kes di mana 20,563 kes direkodkan pada 2023 berbanding 18,669 kes pada 2022,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Kesedaran Keselamata­n Jalan Raya Peringkat Negeri Sarawak 2024 di Stesen Minyak Petronas Permyjaya, Jalan Pujut 7 di sini, semalam.

Justeru, melihat kepada peningkata­n jumlah kes kemalangan jalan raya di Sarawak tahun lepas, Lee berkata kementeria­nnya akan terus memberi perhatian dengan mengadakan kempen kesedaran lalu lintas agar ia tetap diberi perhatian berat oleh semua pengguna jalan raya.

“Kita mengadakan kempen seperti ini tiap-tiap tahun kerana kita mahu menyemai satu budaya selamat dalam kalangan pengguna jalan raya.

 ?? ?? KESELAMATA­N: Lee (dua kiri) membantu menyarungk­an topi keledar kepada salah seorang penunggang motosikal pada kempen tersebut.
KESELAMATA­N: Lee (dua kiri) membantu menyarungk­an topi keledar kepada salah seorang penunggang motosikal pada kempen tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia