Utusan Borneo (Sarawak)

Tun Wan Junaidi dilantik TYT kelapan

Pelantikan beliau sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak bagi tempoh empat tahun bermula semalam hingga 26 Januari 2028.

-

Bekas Yang Dipertua Dewan Negara Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilantik sebagai Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak kelapan berkuat kuasa semalam.

Beliau menerima surat cara pelantikan itu daripada Yang diPertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Istiadat Pengurniaa­n Surat Cara Pelantikan Yang di-Pertua Negeri Sarawak di Balairung Kecil, Istana Negara di sini semalam.

Turut berangkat ke istiadat itu Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h.

Tun Wan Junaidi, 77, dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak mengikut Perkara 1 Perlembaga­an Negeri Sarawak bagi tempoh empat tahun bermula 26 Januari 2024 hingga 26 Januari 2028.

Pelantikan Tun Wan Junaidi adalah bagi menggantik­an Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang menyandang jawatan itu selama tiga penggal bermula 1 Mac 2014.

Pada istiadat sama, beliau turut dikurniaka­n darjah kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran Tun.

Istiadat pengurniaa­n turut disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul dan Menteri Pembanguna­n Wanita Keluarga dan Masyarakat Dato Sri Nancy Shukri serta Timbalan Menteri Kesihatan Dato Lukanisman Awang Sauni.

Sementara itu di KUCHING, Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah mengucapka­n tahniah kepada Tun Wan Junaidi atas pelantikan sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak kelapan semalam.

Fatimah berkata ketika pertama kali membaca spekulasi di media sosial mengenai perkara berkenaan, beliau dan pengundiny­a di Dalat berasa sangat gembira.

“Kami sangat gembira mendengar berita itu kerana beliau (Tun Wan Junaidi) bukan sahaja dekat di hati kami tetapi telah memberi sumbangan yang besar kepada rakyat di Dalat.

“Beliau telah membantu kami (di Dalat) menerusi satu projek iaitu projek benteng hakisan pantai, semasa pertukaran kerajaan persekutua­n ketika itu di mana projek telah tergendala.

“Bagaimanap­un beliau telah berusaha bersungguh-sungguh dan memastikan projek itu diteruskan,” katanya kepada pemberita selepas satu sidang media di pejabatnya di Kuching, semalam.

Kini kata Fatimah, benteng hakisan berkenaan telah siap dibina dan beliau bersama rakyat di Dalat telah membuat keputusan Tun Wan Junaidi untuk merasmikan­nya.

“Keputusan menjemput beliau itu, malah (dibuat) sebelum beliau dilantik sebagai Yang di-Pertua. Kami menjemput beliau kerana bagi kami benteng itu sangat besar maknanya kepada nelayan khasnya di Oya,” kata Fatimah.

Selain itu katanya, pelantikan Tun Wan Junaidi sebagai Yang diPertua memang selayaknya kerana beliau mempunyai pengalaman dan kewibawaan yang sangat besar.

Tun Wan Junaidi dilahirkan di Kampung Pendam (kini Sadong Jaya), Sarawak pada 1 Februari 1946.

Beliau menyertai Polis Diraja Malaysia pada 1964 sebelum berkhidmat dalam Pasukan Polis Hutan dari 1968 hingga 1973, dan dalam tempoh itu beliau juga pernah

bertugas di Kawasan Keselamata­n Rajang (RASCOM).

Beliau mula berkecimpu­ng dalam arena politik pada 1990 selepas memenangi kerusi Parlimen Batang Lupar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) kelapan yang dipertahan­kannya untuk dua penggal seterusnya, sebelum berpindah ke Parlimen Santubong pada PRU ke-11 pada 2004 yang berjaya dipertahan­kannya untuk empat penggal berturut-turut sehingga 2022.

Di peringkat persekutua­n, anak jati Sarawak itu pernah menyandang beberapa jawatan menteri antaranya Timbalan Menteri Dalam Negeri dari 2013 hingga 2015, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (2015 hingga 2018) dan Menteri Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi (2020 hingga 2021) selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) (2021 hingga 2022)

Beliau juga pernah dilantik Timbalan Speaker Dewan Rakyat dari 2008 hingga 2013 dan Yang Dipertua Dewan Negara pada 2023.

 ?? — Gambar Bernama ?? PELANTIKAN: Al-Sultan Abdullah berkenan mengurniak­an Surat Cara Pelantikan Yang di-Pertua Negeri Sarawak kepada Tun Dr Wan Junaidi pada Istiadat Pengurniaa­n Surat Cara Pelantikan Yang di-Pertua Negeri Sarawak di Balairung Kecil, Istana Negara semalam. Turut hadir, isteri Tun Wan Junaidi Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi.
— Gambar Bernama PELANTIKAN: Al-Sultan Abdullah berkenan mengurniak­an Surat Cara Pelantikan Yang di-Pertua Negeri Sarawak kepada Tun Dr Wan Junaidi pada Istiadat Pengurniaa­n Surat Cara Pelantikan Yang di-Pertua Negeri Sarawak di Balairung Kecil, Istana Negara semalam. Turut hadir, isteri Tun Wan Junaidi Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia