Utusan Borneo (Sarawak)

Rakam video lelaki buang air kecil, penyelia kedai didenda RM3,500

- KUCHING:Seorangpen­yelia

kedai didenda RM3,500 atau empat bulan penjara oleh Mahkamah Majistret semalam selepas mengaku bersalah merakam video seorang pemuda sedang membuang air kecil dengan niat menceroboh privasi mangsa.

Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali menjatuhka­n hukuman tersebut terhadap Christophe­r Levy Nojim, 32, yang membuat pengakuan tersebut sebaik didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Seksyen berkenaan memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap mangsa (pengadu) berusia 23 tahun pada 23 Januari 2024, sekitar jam 11.10 malam di tandas lelaki terletak di tingkat tiga sebuah pusat beli-belah di Jalan Wan Alwi di sini.

Fakta kes mendedahka­n semasa pekerja (pengadu) di salah sebuah kedai di situ berada di dalam tandas, dia terlihat bayang-bayang seseorang (tertuduh) dan sebuah telefon pintar yang merakam perbuatann­ya sedang membuang air kecil.

Berikutan itu, pengadu dengan segera memohon bantuan rakan sekerja dan pihak pengawal keselamata­n di pusat beli-belah berkenaan untuk menangkap tertuduh.

Setelah tertuduh berjaya ditangkap, soal siasat terhadap tertuduh dibuat dan tertuduh mengaku telah membuat rakaman terhadap pengadu yang sedang membuang air kecil di dalam tandas awam berkenaan.

Kejadian itu dimaklumka­n kepada pihak polis dan tertuduh ditangkap semula beberapa jam kemudian, sekitar jam 12.56 tengah malam bersama barang rampasan iaitu sebuah telefon pintar milik tertuduh.

Hasil siasatan polis mendapati telefon pintar tertuduh mengandung­i video pengadu yang sedang berada di dalam tandas, malah mangsa turut mengenali selongsong telefon tertuduh.

Difahamkan, tertuduh berbuat demikian untuk kepuasan sendiri.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa ASP Arman Ibrahim sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia