Utusan Borneo (Sarawak)

Wee menang kes saman fitnah terhadap Kong

-

Presiden Persekutua­n Persatuan Cina Sarawak (SFCA) Dato Richard Wee (plaintif) menang dalam kes saman fitnah difailkann­ya terhadap ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Michael Kong berhubung kenyataan berunsur fitnah dalam laman Facebook Kong.

Hakim Dr Alwi Abdul Wahab yang memberikan keputusann­ya dalam kes itu di Mahkamah Tinggi Kuching semalam mengarahka­n pemberian ganti rugi RM250,000 yang perlu dibayar oleh defendan (Kong) kepada plaintif.

Mahkamah juga memerintah­kan catatan Facebook milik defendan bertarikh 21 Julai 2020 yang membabitka­n Wee, untuk dipadamkan dalam tempoh ditetapkan.

Wee ketika ditemui pemberita selesai prosiding berkata, keputusan mahkamah semalam merupakan sesuatu yang telah lama ditunggu dan amat dialu-alukan oleh pihaknya.

Menurut Wee, kenyataan defendan paling menyakitka­n adalah apabila defendan menyentuh mengenai reputasi beliau serta keluarga.

“Mereka (keluarga) adalah sesuatu yang saya sangat hargai. Pada asasnya seperti yang dikatakan hakim, kami merupakan generasi ketiga keluarga dan saya hanya cuba mengekalka­n (memelihara) nama keluarga saya,” katanya.

Dalam pada itu, peguam

Chong Chieng Jen yang mewakili Kong berkata pihaknya iaitu pasukan perundanga­n akan membuat perbincang­an sama ada untuk membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah.

Pada 2020, Wee memfailkan saman sivil terhadap Kong susulan Kong mengeluark­an kenyataan berunsur fitnah membabitka­n Wee, menerusi laman Facebook pada 21 Julai 2020.

Kong mengeluark­an kenyataan tersebut selepas Wee memaklumka­n terdapat kemungkina­n lebih banyak pengundi Cina bandar di negeri ini akan memberikan sokongan kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Negeri akan datang kerana komitmen yang ditunjukka­n oleh kerajaan gabungan itu dalam memperjuan­gkan autonomi Sarawak.

Kong mendakwa, sebelum

Wee bersuara bagi pihak masyarakat Cina dalam usaha untuk menyokong kerajaan GPS, beliau (Wee) harus mengisytih­arkan perniagaan dan minat peribadiny­a terhadap pemerintah GPS, terutamany­a berhubung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Seramai 17 saksi plaintif termasuk Wee dan empat saksi defendan termasuk Kong selesai memberi keterangan pada perbicaraa­n kes yang bermula sejak 22 Jun 2021.

Selain Wee dan Kong, turut memberikan keterangan dalam kes ini adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pending Violet Yong, peguam Wong King Wei, Pembantu Peribadi kepada Wee iaitu Kueh Mui Huang, peguam Chai Voon Tok, bekas juruaudit Hubline Berhad dan lain-lain.

Kong turut diwakili peguam Chong Siew Chiang dan Sim Kiat Leng sementara Wee diwakili Shankar Ram, Russell Lim dan Yu Ying Ying.

 ?? ?? MENANG: Wee (tiga kiri) dan isteri Wee, Datin Donna Drury Wee (tiga kanan) bersama pasukan perundanga­n diketuai Shankar (dua kanan) selesai prosiding semalam.
MENANG: Wee (tiga kiri) dan isteri Wee, Datin Donna Drury Wee (tiga kanan) bersama pasukan perundanga­n diketuai Shankar (dua kanan) selesai prosiding semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia