Utusan Borneo (Sarawak)

Cubaan seludup dadah terbesar tahun ini gagal

Polis Sarawak merampas dadah 25.7kg bernilai RM848,100 di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Miri

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah Dato Mancha Ata Pesuruhjay­a Polis Sarawak

Hasil pemeriksaa­n ke atas bungkusan dan bagasi yang dibawa oleh suspek didapati mengandung­i 25,700 gram dadah disyaki syabu yang dianggarka­n bernilai RM848,100.

MIRI: Polis Sarawak berjaya mematahkan cubaan menyeludup dadah terbesar di Sarawak tahun ini yang dibungkus di dalam pembungkus­an serbuk teh seberat 25,700 gram dianggarka­n bernilai RM848,100 di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Miri di sini, pada Rabu.

Pesuruhjay­a Polis Sarawak Dato Mancha Ata berkata, rampasan dibuat susulan tangkapan seorang lelaki berusia 22 tahun oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak pada kira-kira jam 9 pagi.

“Hasil pemeriksaa­n ke atas bungkusan dan bagasi yang dibawa oleh suspek didapati mengandung­i 25,700 gram dadah disyaki syabu yang dianggarka­n bernilai RM848,100.

“Berikutan itu, sekitar jam 9.30 pagi hari yang sama, dua lagi lelaki yang merupakan ahli sindiket telah ditahan di tempat letak kereta di sebuah pasar raya di Riam kerana disyaki terlibat dengan rangkaian sindiket berkenaan,” ujarnya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri di sini, semalam.

Mancha memberitah­u, ujian saringan awal air kencing terhadap ketiga-tiga suspek didapati positif Methamphet­amine dan Amphetamin­e.

“Semakan rekod kesalahan lampau juga mendapati suspek pertama mempunyai rekod kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983.

“Suspek kedua pula mempunyai rekod di bawah Seksyen 414 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 447 KK, Seksyen 457 KK, Seksyen 15(1)(a) ADB 1952, Seksyen 6(1) ADB (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985, Seksyen 7A(1)(a) Akta Pencegahan Jenayah (APJ) 1959 dan

Seksyen 4(1) APJ 1959.

“Sementara suspek ketiga pula tiada rekod kesalahan lampau,” ujarnya.

Dalam pada itu, Macha menjelaska­n polis turut menyita sebentuk cincin emas dengan berat kasar 5.12 gram bernilai RM1,536, sebentuk lagi cincin emas berat dengan kasar 3.77 gram bernilai RM1,131 dan sebuah kereta bernilai RM16,000 yang dimiliki oleh suspek kedua.

Katanya, jumlah keseluruha­n nilai sitaan adalah RM18,667.

Selain itu, Mancha memberitah­u jumlah keseluruha­n dadah yang dirampas dianggarka­n boleh digunakan untuk 128,500 penagih.

“Sehubungan itu, suspek pertama kini ditahan reman selama tujuh hari bermula

25 Januari hingga 1 Februari, manakala suspek kedua dan ketiga ditahan reman selama lima hari bermula 25 hingga 30 Januari di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B ADB 1952 yang memperuntu­kkan hukuman mati atau pemenjaraa­n seumur hidup, dan jika tidak dihukum dengan hukuman

mati, dihukum dengan sebatan yang tidak kurang daripada 12 sebatan bagi pesalah yang disabitkan kesalahan,” katanya.

Mancha memberitah­u, JSJN akan meneruskan siasatan untuk mengesan sakibaki sindiket yang terlibat dan pihak polis berharap masyarakat akan terus menyalurka­n maklumat berkaitan aktiviti kegiatan dadah

yang berlaku di sekeliling mereka.

Maklumat boleh disalurkan melalui hotline JSJN di talian 012-2087222.

Hadir sama pada sidang media berkenaan ialah Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Ibrahim Darus, Ketua JSJN Sarawak ACP Mustafa Kamal Gani Abdullah dan Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu.

 ?? ?? RAMPASAN TERBESAR: (Dari kiri) Alexson, Ibrahim dan Mancha menunjukka­n dadah disyaki syabu yang berjaya dirampas di Miri pada sidang media media di IPD Miri, semalam.
RAMPASAN TERBESAR: (Dari kiri) Alexson, Ibrahim dan Mancha menunjukka­n dadah disyaki syabu yang berjaya dirampas di Miri pada sidang media media di IPD Miri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia