Utusan Borneo (Sarawak)

Jumlah kemalangan jalan raya di Sarawak meningkat 9.8 peratus pada 2023

- Dari Muka 1

“Masalahnya, kebanyakan kes-kes ini, terdapat segelintir pengguna jalan raya apabila melihat tiada pegawai dan anggota polis serta JPJ (Jabatan Pengangkut­an Jalan) di atas jalan raya, mereka tidak mengikut peraturan.

“Apabila mereka nampak ada polis atau JPJ, barulah mereka memakai tali keledar, topi keledar, ataupun tidak menggunaka­n telefon bimbit.

“Jadi di sini kita ingin mengingatk­an para pengguna jalan raya agar mengubah minda mereka yang mana peraturan-peraturan keselamata­n ini ditetapkan adalah demi keselamata­n diri mereka sendiri,” ujarnya.

Selainitu,Leememberi­tahu kementeria­nnya juga sedang menjalanka­n satu program di setiap bahagian di Sarawak dinamakan ABC (Awareness Behavior Change) atau Kesedaran Perubahan Tingkah Laku yang merupakan satu program kesedaran kepada pengguna untuk mengubah minda mengenai kepentinga­n mematuhi peraturan keselamata­n jalan raya.

Sementara itu, sempena dengan sambutan perayaan Tahun Baharu Cina yang bakal disambut bulan depan, Lee menasihatk­an pengguna jalan raya agar memandu dengan cermat ketika pulang ke kampung halaman kelak.

“Periksalah kenderaan anda sebelum memulakan perjalanan yang jauh agar dapat memastikan semuanya dalam keadaan baik.

“Sekiranya perjalanan jauh, berhentila­h setiap dua atau tiga jam kerana mengikut kajian, kemalangan berlaku apabila kita rasa penat dan tumpuan menurun. Selain itu, pastikan ada penggantia­n pemandu untuk mengelakka­n rasa penat memandu jauh tanpa henti.

“Akhir sekali, Selamat Tahun Baharu Cina, mudah-mudahan Tahun Naga ini memberikan kita semua nasib yang baik, membawa lebih banyak kemajuan dan pembanguna­n kepada Sarawak, masyarakat akan terus bertambah maju, hidup bersatu padu dan harmoni,” ucapnya.

Kempen Kesedaran Keselamata­n Jalan Raya Peringkat Negeri Sarawak 2024 dianjurkan bersama Kementeria­n Pengangkut­an Sarawak, Majlis Keselamata­n Jalan Raya Sarawak, Pejabat Residen Bahagian Miri dan Stesen Minyak Petronas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia