Utusan Borneo (Sarawak)

Ibraco Berhad lancar pembanguna­n perbandara­n baharu, Arden City

- KOTA SAMARAHAN:

Ibraco Berhad hari ini memperkena­lkan pembanguna­n perbandara­n baharu, Arden City berkeluasa­n 77.9 ekar bagi mengubah landskap kemakmuran ekonomi dan sosial di sini.

Ketua Pegawai Pemasaran Ibraco Berhad George Ting berkata, Arden City terletak di kawasan strategik hab pendidikan dan perubatan yang pada masa sama menyumbang kepada pertumbuha­n dan pembanguna­n Kota Samarahan.

“Lokasinya yang strategik, ditambah dengan kemudahan stesen SM05 Transit Aliran Automasi (ART), ia dihubungka­n dengan laluan pejalan kaki berbumbung, menjadikan­nya mercu tanda kebolehcap­aian dalam sektor kemudahan.

“Bersebelah­an dengan Pusat Jantung Sarawak dan berdekatan dengan Pusat Kanser Sarawak yang akan datang, Pusat Penyelidik­an Penyakit Sarawak dan Institut Penyelidik­an Gambut Tropika Sarawak, Arden City akan menjadi pusat tumpuan untuk penjagaan kesihatan dan penyelidik­an.

“Selain itu, terdapat Samarahan Country Club berdekatan yang menyediaka­n pilihan riadah kepada penduduk dan pengunjung, memberi kes

eimbangan pada kehidupan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan aluan pada majlis pelancaran Arden City Ibraco Berhad oleh Pengerusi Majlis Perbandara­n Kota Samarahan (MPKS) Dato Peter Minos di sini, semalam.

Pada masa yang sama, Ting berkata penambahba­ikan kepada Kuching-Samarahan Expressway turut menyumbang kepada penguranga­n kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut.

Arden City merangkumi lima komponen utama iaitu

Pejabat, Penjagaan Kesihatan, Komersial, Kediaman dan Riadah.

Turut dibangunka­n The Atrium sebuah pembanguna­n komersial tiga tingkat yang menampilka­n 39 unit kedai, dibahagika­n kepada enam blok berbeza.

Unit-unit ini termasuk kedai hadapan tunggal dan berkembar, menawarkan pelbagai pilihan untuk memenuhi keperluan perniagaan yang berbeza.

The Atrium, terdiri daripada enam jenis unit, antara 4,000 kaki persegi hingga

6,000 kaki persegi, memberikan peluang menarik untuk perniagaan berkembang maju.

“Kami mempunyai perkembang­an masa depan yang menarik dalam perancanga­n, termasuk pangsapuri berservis yang akan diumumkan tidak lama lagi.

“Kami komited untuk terus membentuk Arden City menjadi komuniti yang dinamik dan berkembang maju, memenuhi keperluan penduduk, perniagaan dan komuniti yang lebih luas,” jelasnya.

 ?? ?? SERBA LENGKAP: Ting (kiri) memberi penerangan pembanguna­n Arden City kepada Minos (dua kiri) sambil disaksikan yang lain.
SERBA LENGKAP: Ting (kiri) memberi penerangan pembanguna­n Arden City kepada Minos (dua kiri) sambil disaksikan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia