Utusan Borneo (Sarawak)

Projek ‘boulevard’ bernilai RM100 juta dibangun di Kota Samarahan tahun ini

-

Sebuah projek jalan raya berhias atau ‘boulevard’ sepanjang satu batu yang dijangka memakan belanja lebih daripada RM100 juta akan dibangunka­n di sini pada tahun ini bagi kesejahter­aan penduduk setempat.

Pengerusi Majlis Perbandara­n Kota Samarahan (MPKS) Dato Peter Minos berkata, jalan raya tersebut akan dihiasi pokok dan bunga selain menempatka­n ciri-ciri kebudayaan setempat.

“Ini nanti akan diuruskan oleh MPKS di bawah tajaan dana daripada Agensi Pembanguna­n Bersepadu Wilayah Samarahan (IRSDA).

“Ia merupakan sebahagian daripada projek pesisir dan Greater Samarahan yakni idea Premier Sarawak,” ujarnya ketika ditemui selepas merasmikan Arden City

yang dibangunka­n Ibraco Berhad di sini, semalam.

Projek tersebut yang terletak tidak jauh dari MPKS di sini sudah diluluskan oleh Premier Sarawak tiga minggu

lepas dan akan dikeluarka­n tender juga pada tahun ini.

Buat masa ini tegasnya, Kota Samarahan tidak mempunyai sebuah pusat hiburan untuk keluarga.

“Sekurang-kurangnya, masyarakat di sini boleh berkumpul pada hujung minggu untuk beriadah dan meluangkan masa bersama,” ujarnya.

Mengulas berhubung pemotongan berkala rumput di Samarahan, Minos berkata terdapat sedikit perubahan yang dilaksanak­an pihaknya sejak tiga bulan lalu.

“Kita baru sahaja melantik kontraktor baharu untuk memotong rumput di kawasan Kota Samarahan dan mereka mengalami kekeliruan.

“Tetapi perkara ini akan kita selesaikan pada bulan hadapan yang mana pihak kami telahpun menerima beberapa aduan daripada orang ramai.

“Terdapat sedikit kesilapan teknikal pada kontrak yang baharu itu,” katanya.

 ?? ?? KOMEN: Minos ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Arden City yang dibangunka­n Ibraco Berhad di Kota Samarahan, semalam.
KOMEN: Minos ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Arden City yang dibangunka­n Ibraco Berhad di Kota Samarahan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia