Utusan Borneo (Sarawak)

Dewi Farisha, dua anak dijangka dapat dibawa pulang tidak lama lagi

- 4 Dari Muka 1

Fatimah berkata pada 2023, Dewi melahirkan anak keduanya dan denda tinggal lebih masa di Filipina setakat 17 Januari tahun ini meningkat kepada RM29,439.

“Pada 19 Januari lepas, wakil dari Kedutaan Malaysia telah bertemu dengan Ketua Visa Pelancong Unit Biro Imigresen negara itu, Raymond D. Remigio.

“Dalam perbincang­an itu, satu persetujua­n telah dicapai di mana penalti untuk tinggal lebih masa akan dikurangka­n kepada RM12,249. Ini dibuat mungkin kerana hubungan rapat kami dengan kerajaan Filipina,” katanya.

Tambahnya, Kedutaan Malaysia juga telah mengeluark­an Dokumen Perjalanan Kecemasan untuk kedua-dua kanak-kanak itu ke Malaysia.

Sebelum pertemuan dengan Biro Imigresen Filipina (BI) dan Biro Siasatan Kebangsaan (NBI), wakil

Kedutaan Malaysia telah menemui Dewi Farisha dan dua anaknya.

“Keluarga itu ditemui di Taytay di Rizal, Manila dan tinggal di bilik sewa dengan tandas berkongsi. Keadaan tempat tinggal tidak kondusif untuk membesarka­n anak kerana tiada katil dan ruang kediaman dikatakan sangat kecil,” kata Fatimah.

Menurutnya, Dewi Farisha turut mendakwa kegiatan dadah berleluasa di kawasan itu.

“Tindakan segera telah diambil oleh pihak kedutaan untuk memindahka­n keluarga itu ke pusat perlindung­an sementara di Hotel Berjaya di bandar raya Makati pada 19 Januari,” katanya.

Fatimah menambah Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof yang dimaklumka­n mengenai kejadian itu telah menyalurka­n RM3,400 (RM340 sehari) kepada keluarga itu sebagai perbelanja­an dan kos penginapan mereka.

Turut didedahkan perbelanja­an membawa pulang Dewi Farisha dan dua anaknya akan diuruskan oleh Sarawak Volunteers membabitka­n sejumlah RM24,696 termasuk RM3,400 yang disalurkan oleh Fadillah.

Perbelanja­an ini merangkumi penginapan mereka, perbelanja­an sara hidup, tiket penerbanga­n dan denda untuk tinggal lebih masa di Filipina.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Albony Basir, wakil daripada Kementeria­n Luar Malaysia, Pejabat Wilayah Sarawak dan ibu Dewi Farisha, Sheryl Balisia.

“Saya telah menghubung­inya (Dewi Farisha) dan dia optimis dia akan pulang ke tanah air pada minggu hadapan,” kata Sheryl.

Beliau juga mengucapka­n rasa terima kasih kepada semua yang terlibat untuk membawa pulang anak perempuan dan cucunya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia