Utusan Borneo (Sarawak)

Tun Wan Junaidi: Tuan polis kini jadi Tuan Yang Terutama

Figura yang pernah berada di barisan paling hadapan mempertaha­n kedaulatan tanah air daripada ancaman komunis

-

KUCHING: Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar merupakan figura yang pernah berada di barisan paling hadapan dalam mempertaha­nkan kedaulatan tanah air daripada ancaman komunis selain berpengala­man luas dalam urusan pentadbira­n negara.

Mempertaru­hkan nyawa dalam beberapa siri operasi menentang Parti Komunis Kalimantan Utara di kawasan Miri, Sibu serta Kapit semasa berkhidmat bersama Pasukan Polis Hutan, menjadi bukti kesetiaan patriot itu semasa negara berada dalam tempoh sukar.

Wan Junaidi, 77, semalam menerima surat cara pelantikan jawatan sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak kelapan daripada Yang diPertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah di Istana Negara.

Beliau dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak mengikut Perkara 1 Perlembaga­an Negeri Sarawak bagi tempoh empat tahun bermula 26 Januari 2024 hingga 26 Januari 2028.

Pelantikan beliau adalah bagi menggantik­an Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang menyandang jawatan itu selama tiga penggal bermula 1 Mac 2014.

Dilahirkan di Kampung

Pendam (kini Sadong Jaya), Sarawak pada 1 Februari 1946, Tun Wan Junaidi menyertai pasukan Polis Diraja Malaysia pada 1964 sebelum berkhidmat dalam Pasukan Polis Hutan dari tahun 1968 hingga 1973, dan dalam tempoh itu beliau juga pernah bertugas di Kawasan Keselamata­n Rajang (RASCOM).

Beliau kemudianny­a mengikuti pengajian dalam bidang undang-undang di University of Buckingham, England pada tahun 1978 sebelum menjadi pengamal undang-undang dari 1982 hingga 2008.

Permulaan perjalanan­nya sebagai seorang wakil rakyat bermula pada 1990 selepas memenangi kerusi Parlimen Batang Lupar dalam Pilihan Raya Umum kelapan yang dipertahan­kannya untuk dua penggal seterusnya, sebelum berpindah ke Parlimen Santubong pada Pilihan Raya Umum ke-11 pada 2004 dan berjaya mempertaha­nkannya untuk empat penggal berturut-turut sehingga Pilihan Raya Umum pada 2022.

Di peringkat persekutua­n pula menyaksika­n beliau dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat dari tahun 2008 hingga 2013.

Beliau memegang pelbagai portfolio penting seperti Timbalan Menteri Dalam Negeri dari 2013 hingga 2015, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (2015 hingga 2018) dan Menteri Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi (2020 hingga 2021).

Sepanjang perkhidmat­annya di peringkat persekutua­n, jawatan yang paling memberi impak dan meninggalk­an legasi beliau adalah semasa dilantik menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) pada 2021 hingga 2022.

Walaupun berkhidmat dalam satu tempoh yang singkat, pelbagai pencapaian signifikan telah diraih beliau antaranya pindaan Perlembaga­an Persekutua­n berkaitan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti atau lebih sinonim dengan istilah ‘lompat parti’ serta berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Kejayaan beliau yang membawa kepada pindaan terhadap Perlembaga­an Persekutua­n bagi mengembali­kan sebahagian hak Sarawak yang terhakis telah diiktiraf Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebagai antara sumbangan yang paling signifikan Tun Wan Junaidi.

Abang Johari berkata, Tun Wan Junaidi berjaya mendapatka­n kelulusan Parlimen untuk meminda Perkara 160

Perlembaga­an bagi memasukkan Perjanjian Malaysia (MA63), Laporan Cobbold dan Laporan Jawatankua­sa Antara Kerajaan (IGC).

Perkhidmat­an dan kepakaran Tun Wan Junaidi sememangny­a tidak dapat disangkal apabila pada tahun 2023 beliau dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara ke-19 pada 19 Jun 2023 bagi menggantik­an Tan Sri Dr Rais Yatim.

Meletakkan keutamaan dalam melaksanak­an agenda reformasi Parlimen untuk menambah baik cabang legislatif dalam pentadbira­n negara menjadi keutamaan Tun Wan Junaidi sejurus dilantik ke jawatan itu.

Institusi Parlimen dan Tun Wan Junaidi seakan tidak dapat dipisahkan apabila figura hebat itu memulakan pelbagai usaha, termasuk memperkena­lkan semula Akta Perkhidmat­an Parlimen 1963 bagi membuka jalan kepada Dewan Rakyat untuk bertindak sebagai badan bebas, menjalanka­n hal ehwalnya sendiri, memilih petugasnya dan mengawal perbelanja­annya, namun ia dimansuhka­n pada 1992.

Wan Junaidi turut mencuri perhatian apabila mengingatk­an jemaah menteri supaya menghormat­i institusi Parlimen, dengan hadir sendiri bagi menjawab soalan

yang dikemukaka­n kepada kementeria­n yang diwakili.

Ini kerana menurut beliau, Dewan Negara harus dihormati dan kehadiran seseorang menteri sangat penting dalam menjelaska­n sesuatu persoalan yang dibangkitk­an oleh Ahli Dewan Negara.

“Saya memperinga­tkan, kalau Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) boleh datang, kedua-kedua Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid

Hamidi dan Dato Sri Fadillah Yusof) boleh datang (ke sidang Dewan Negara), takkan menteri tak boleh datang?

“Takkanlah tempat ini rendah sangat untuk menteri datang. Ini dewan tertinggi Parlimen,” tegur beliau semasa satu sesi jawab lisan di Dewan Negara pada 11 Disember lepas.

Selain terlibat dalam urusan pentadbira­n dan politik, Tun Wan Junaidi juga merupakan seorang penulis berbakat yang

telah menulis beberapa buah buku, antaranya berjudul ‘A Policeman’ dan ‘Evolusi Parlimen dan Speaker Parlimen Malaysia.’

Khidmat beliau yang bermula sebagai seorang wira Sang Saka Biru sewaktu negara masih diancam komunis satu ketika dahulu seterusnya berkembang dalam arena politik dan pentadbira­n negara, kini mengorak ke depan sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK ALBUM: Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h berkenan bergambar bersama Tun Dr Wan Junaidi dan isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi selepas Istiadat Pengurniaa­n Surat Cara Pelantikan Yang di-Pertua Negeri Sarawak di Istana Negara, Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama UNTUK ALBUM: Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h berkenan bergambar bersama Tun Dr Wan Junaidi dan isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi selepas Istiadat Pengurniaa­n Surat Cara Pelantikan Yang di-Pertua Negeri Sarawak di Istana Negara, Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia