Utusan Borneo (Sarawak)

IBET perkasa usaha Sarawak bendung penularan rabies

Penubuhan pasukan sukarelawa­n itu bantu pantau situasi rabies di sempadan dari Lundu hingga Ba’ Kelalan: Uggah

- Oleh Agnes Tugong Datuk Amar Douglas Uggah Embas Timbalan Premier Sarawak

KUCHING: Usaha kerajaan Sarawak dalam mengekang penularan rabies di negeri ini diperkuatk­an lagi dengan penubuhan pasukan sukarelawa­n Immune Belt Enforcemen­t Team (IBET) yang terdiri daripada veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pasukan sukarelawa­n IBET ditubuhkan di bawah Unit Keselamata­n dan Penguatkua­saan Negeri Sarawak (UKPN).

Tujuan utama penubuhan pasukan sukarelawa­n IBET katanya, adalah untuk membantu memantau situasi rabies di sempadan negeri dari Lundu hingga Ba’ Kelalan.

“Kita telah mengambil seramai 394 veteran ATM sebagai sukarelawa­n IBET, dan baru tadi saya bercakap dengan Pengarah (UKPN)

Datuk Dr Chai Khin Chung, beliau kata pasukan ini bertindak baik dalam membantu kita.

“Pasukan IBET ini juga akan membantu apabila berlaku bencana di kawasan pedalaman sepanjang sempadan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas upacara menyimen kubur mendiang Mejar (KM) Michael Riman Bugat (B) PGB di Makam Pahlawan, Taman Budaya di sini, semalam.

Penerima pingat Panglima Gagah Berani (PGB) itu meninggal dunia pada 7 Ogos 2023 pada usia 71 tahun dan disemadika­n di makam tersebut yang menjadi tempat persemadia­n bagi wira-wira negara yang terkorban demi keamanan dan kemakmuran negara.

Uggah yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berterima kasih kepada Premier atas persetujua­n membenarka­n sukarelawa­n IBET membantu negeri terutama dalam mengawal rabies serta penyakit berjangkit yang lain, termasukla­h sebagai responden pertama apabila berlaku bencana di

kawasan pedalaman khususnya sempadan.

“Begitu juga dengan virus Demam Babi Afrika (ASF) yang juga merebak dari

sempadan. Kita berharap pasukan ini dapat membantu mengekangn­ya,” kata Uggah.

Uggah juga dimaklumka­n

bahawa pasukan IBET telah menjalanka­n vaksinasi dengan baik di mana 92 peratus daripada sasaran (anjing) telah divaksin.

Terdahulu, Uggah bersama beberapa tetamu kehormat lain menyaksika­n upacara menyimen kubur mendiang Michael Riman.

Turut hadir pada upacara itu ialah Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembanguna­n Wilayah Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom dan Ahli Parlimen Betong Dr Richard Rapu.

Lt Jen (B) Datuk Stephen Mundaw juga hadir bersama Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM Sarawak Mejar Pahot Joll selaku pengerusi bersama jawatankua­sa upacara.

Upacara tersebut adalah salah satu simbol penghormat­an kepada mendiang yang merupakan wira yang telah berbakti kepada negara semasa perkhidmat­annya sebagai anggota ATM.

“Pasukan IBET ini juga akan membantu apabila berlaku bencana di kawasan pedalaman sepanjang ” sempadan.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? PENGHORMAT­AN: Uggah (enam kiri) bersama Abdul Karim (lima kiri), Dr Rundi (tujuh kiri), Dr Richard (lapan kiri), Mundaw (empat kiri), Pahot (tiga kiri) serta yang lain merakamkan gambar di makam mendiang Michael Riman.
— Gambar Chimon Upon PENGHORMAT­AN: Uggah (enam kiri) bersama Abdul Karim (lima kiri), Dr Rundi (tujuh kiri), Dr Richard (lapan kiri), Mundaw (empat kiri), Pahot (tiga kiri) serta yang lain merakamkan gambar di makam mendiang Michael Riman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia