Utusan Borneo (Sarawak)

Upacara menyimen kubur mendiang Mejar (KM) Michael Riman lancar

-

KUCHING: Upacara menyimen kubur mendiang Mejar (KM) Michael Riman Bugat (B) PGB di Makam Pahlawan di sini berjalan lancar semalam dengan kehadiran ahli-ahli veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama ahli keluarga mendiang.

Upacara tersebut adalah salah satu simbol penghormat­an terakhir kepada penerima pingat Panglima Gagah Berani (PGB) tersebut yang meninggal dunia pada 7 Ogos 2023.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas hadir menyempurn­akan upacara tersebut mewakili kerajaan Sarawak bersama tetamu-tetamu kehormat yang lain.

Dalam ucapannya, Uggah berkata mendiang Mejar (KM) Michael Riman merupakan seorang Bujang Berani yang amat disegani dengan perwatakan rendah diri namun tegas.

“Untuk ahli keluarga dan juga ahli veteran yang ditinggalk­an, kita perlu mengambil iktibar serta pengajaran daripada watak dan kejayaan cemerlang Mejar (KM) Michael Riman.

“Kita perlu teruskan perjuangan bersama serta menyumbang bakti kepada keselamata­n dan pembangu

nan Sarawak dalam apa juga cara,” katanya.

Uggah turut berharap veteran Sarawak akan terus teguh menghadapi cabaran masa kini dan tabah dan bersemanga­t dengan cogan kata ‘Agi Idup Agi Ngelaban.’

Mengimbau perjuangan mendiangMe­jar(KM)Michael Riman, beliau dilahirkan pada 8 Mac 1952 di Putus Paku, Spaoh, Saribas dan memasuki ATM pada 23 Januari 1973 dalam pasukan 8 Rejimen Renjer Diraja(RRD).

Pada 1 Jun 1979, Platun Risik Gempur (UCIS) yang dianggotai Kpl Michael dan diketuai Sjn Kanang Langkau berjaya menjejak kesan musuh sehingga menjumpai tempat rehat mereka.

Dalam pertempura­n tersebut, beliau dengan berani menyerang dan merempuh musuh dan kumpulanny­a

berjaya membunuh lima orang musuh komunis.

Pertempura­n tersebut juga meragut nyawa seorang anggota kumpulanny­a dan beliau sendiri mendapat kecederaan parah di bahagian paha.

Atas keberanian itu, beliau dikurniaka­n pingat PGB pada 6 Jun 1984 dan beliau bersara daripada ATM pada 7 Mac 2004 dan meninggal dunia pada 7 Ogos 2023 pada usia 71 tahun.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? SEMPURNAKA­N: Uggah menyempurn­akan upacara menyimen kubur mendiang Mejar (KM) Michael Riman di Makam Pahlawan sebagai penghormat­an.
— Gambar Chimon Upon SEMPURNAKA­N: Uggah menyempurn­akan upacara menyimen kubur mendiang Mejar (KM) Michael Riman di Makam Pahlawan sebagai penghormat­an.
 ?? — Gambar Chimon Upon ?? PENGORBANA­N DIINGATI: Ahli-ahli veteran ATM hadir memberi penghormat­an kepada rakan seperjuang­an mereka mendiang Mejar (KM) Michael Riman.
— Gambar Chimon Upon PENGORBANA­N DIINGATI: Ahli-ahli veteran ATM hadir memberi penghormat­an kepada rakan seperjuang­an mereka mendiang Mejar (KM) Michael Riman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia