Utusan Borneo (Sarawak)

Ibu bapa perlu bantu sekolah perbaiki prestasi anak: Doris

-

Ibu bapa perlu merebut segala peluang membantu pihak sekolah untuk mencapai sasaran dalam memperbaik­i pencapaian anak-anak mereka dalam setiap mata pelajaran dan penguasaan bahasa yang lemah.

Ahli Parlimen Sri Aman Datuk Seri Doris Sophia Brodie berkata, ibu bapa seharusnya menggunaka­n platform Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk berhubung dengan guru-guru di sekolah bagi mengetahui pencapaian pendidikan anak-anak mereka.

“Inilah sebenarnya peranan PIBG untuk membantu ibu bapa serta sebagai jambatan penghubung antara ibu bapa dengan pihak sekolah sebagai platform ibu bapa bertanya dengan guru-guru berkenaan dengan perkembang­an anakanak mereka,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa merasmikan Majlis Apreasiasi Murid Asrama, Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Klassen Tahun 2023/2024 di sebuah hotel di sini, malam kelmarin.

Menurutnya lagi, ibu bapa tidak seharusnya menyerahka­n tugas mendidik anakanak mereka kepada pihak guru semata-mata, sebaliknya mereka turut memainkan peranan yang sama sebaik sahaja anak-anak mereka berada di rumah.

“Tugas guru hanya berada di sekolah iaitu bermula dari

jam 6 pagi hingga 2 petang manakala masa yang selebihnya adalah bagi ibu bapa memainkan peranan seterusnya.

“Ketika anak-anak berada di rumah ibu bapa perlu meluangkan sedikit masa sambil bertanyaka­n pelajaran anak-anak mereka dan cuba berdamping dengan mereka atau mengulang kaji serta membuat kerja rumah yang diberikan oleh pihak sekolah kepada anak-anak mereka secara bersama-sama,” jelasnya.

“Maka dari sini, kita sebagai ibu bapa dapat melihat sendiri prestasi pelajaran anak-anak selain berkunjung

dan bertanya dengan guruguru di sekolah anak-anak kita,” tambah Doris.

Katanya lagi, program permuafaka­tan merupakan sesi penting yang dianjurkan oleh PIBG dan pihak sekolah untuk memberi ruang dan peluang kepada ibu bapa mengetahui prestasi sebenar anak-anak mereka dalam setiap mata pelajaran seterusnya memberi maklum balas secara bersemuka mengenai kemusykila­n yang timbul.

“Pada slot itu ibu bapa yang mengetahui kelebihan dan kelemahan anak mereka akan diberitahu oleh guru mengenai cadangan untuk

memperbaik­i pencapaian mereka dalam setiap mata pelajaran dan penguasaan bahasa yang lemah.

“Peranan ibu bapa ialah mendorong dan memberi galakan kepada anak masingmasi­ng untuk terus belajar.

“Peluang ini juga digunakan oleh pihak pentadbir sekolah menerangka­n peranan sekolah dalam menguruska­n murid-murid yang hadir mengikuti pembelajar­an di sekolah kepada ibu bapa,” jelasnya lagi.

Hadir sama, Guru Besar Alfred Kendim, Penghulu Andar Suntai, Penghulu Leonard Libau Anol serta guru kanan sekolah yang lain.

 ?? ?? TAHNIAH: Doris (empat kiri) menyampaik­an sijil dan hadiah kepada salah seorang murid sambil diperhatik­an oleh Alfred (tiga kiri), Leonard Libau Anol (dua kanan), Andar (kanan) serta yang lain pada majlis berkenaan.
TAHNIAH: Doris (empat kiri) menyampaik­an sijil dan hadiah kepada salah seorang murid sambil diperhatik­an oleh Alfred (tiga kiri), Leonard Libau Anol (dua kanan), Andar (kanan) serta yang lain pada majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia