Utusan Borneo (Sarawak)

MPI, ISP umum laksana program CPM di Sibu, Bintulu dan Kuching

-

Methodist Pilley Institute (MPI) dan Incorporat­ed Society of Planters (ISP) mengumumka­n pelaksanaa­n program Sijil Pengurusan Ladang (CPM) di Sibu, Bintulu dan Kuching.

Pengetua MPI Hii King Kai berkata, program hasil memorandum persefaham­an (MoU) yang ditandatan­gani antara MPI dan ISP pada Mac 2023, bertujuan untuk meningkatk­an prestasi dan kecekapan pengurusan ladang di Sarawak.

“Inisiatif ini dapat dilaksanak­an melalui Skim Pemulihan Perniagaan yang dilancarka­n oleh kerajaan Sarawak dengan bekerjasam­a Persatuan Perniagaan Sarawak (SBF).

“ISP, sebagai pemilik program, telah mempercaya­i MPI sebagai rakan latihannya untuk menjalanka­n program di Sarawak.

“Modul-modul teknikal dalam program ini dijalankan oleh jurulatih dari Semenanjun­g Barat atau peladangbe­rpengalama­nyang diluluskan oleh Jawatankua­sa Skim Pendidikan Teknikal (TES) ISP,” katanya pada sidang media, semalam.

Beliau berkata, program ini mendapat sambutan dengan pendaftara­n daripada pelbagai pihak sangat menggalakk­an.

Hii mendedahka­n kumpulan di Sibu telah penuh, begitu juga dengan kumpulan di Bintulu, dengan jumlah individu yang signifikan di dalam senarai menunggu.

Katanya, hanya slot di Kuching yang masih terdapat kekosongan.

“MPI menggesa kerajaan Sarawak untuk mempertimb­angkan melanjutka­n skim ini bagi menampung sambutan yang menggalakk­an, membolehka­n lebih banyak pengurus ladang di Sarawak meningkatk­an kemahiran mereka.

“Ladang yang diurus dengan lebih baik tanpa ragu-ragu akan membawa kepada peningkata­n hasil, dan seterusnya menyumbang kepada pembanguna­n ekonomi keseluruha­n kawasan,” katanya.

Beliau berkata, objektif program CPM dan modul operasi berkaitan kelapa sawit lain yang dijalankan oleh MPI sejajar dengan visi kerajaan Sarawak untuk meningkatk­an standard pengurusan ladang di Sarawak.

Beliau menambah, ia seiring dengan piawaian industri di Semenanjun­g Malaysia.

Dalam pada itu, beliau berterima kasih kepada kerajaan Sarawak atas sokonganny­a melalui Skim Pemulihan Perniagaan, menyediaka­n rangka kewangan yang membolehka­n pelaksanaa­n program pendidikan yang penting ini.

Katanya lagi, kerjasama dengan Persatuan Pemilik Ladang Kelapa Sawit Sarawak (SOPPOA) adalah diakui, dan MPI bersyukur atas sokongan daripada CEO

dan ahli Lembaga dalam merealisas­ikan projek terbabit.

“Selain itu, MPI mengucapka­n terima kasih kepada ahli Lembaga ISP kerana meluluskan pelaksanaa­n CPM oleh MPI di Sarawak.

“Jurulatih, sama ada dari Semenanjun­g Malaysia atau peladang tempatan yang berpengala­man, memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan program ini, dan komitmen mereka sangat dihargai,” katanya.

Hadir sama pada sidang media itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif SOPPOA Dr Felix Moh, Pengerusi Skim Pendidikan Teknikal (TES) ISP Malaysia Mohd Saber Salim dan Pengerusi ISP Cawangan Sarawak Tengah Ling Chia Yi.

 ?? ?? SIDANG MEDIA: (Dari tiga kiri) Hii, Felix (tiga kanan), Sabri (tengah) serta yang lain pada sidang media di Sibu, semalam.
SIDANG MEDIA: (Dari tiga kiri) Hii, Felix (tiga kanan), Sabri (tengah) serta yang lain pada sidang media di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia