Utusan Borneo (Sarawak)

IRJ anjur Mobile Journalism Workshop 2024, 9-10 Mac

-

Institut Wartawan Rejang (IRJ) akan menganjurk­an Mobile Journalism Workshop 2024 pada 9 dan 10 Mac depan bertempat di Hotel Kingwood, di sini.

Bengkel itu disokong oleh Business Event Sarawak (BES) dan mendapat kerjasama daripada Persatuan Wartawan Sibu (SJA) dan Hotel Kingwood.

Pengerusi penganjurn­ya Jane Moh berkata, bengkel itu bertujuan untuk menyediaka­n platform kepada orang ramai terutamany­a mereka yang bekerja di industri media, pencipta kandungan, pelajar dan staf pemasaran untuk mempelajar­i kemahiran mengambil visual berasaskan cerita yang asas dan berkesan.

“Kami telah menjemput dua tenaga pengajar media dari Singapura untuk mengajar penulisan kreatif dan kewartawan­an.

“Mereka ialah Augustine Anthuvan, bekas Penerbit Eksekutif Channel News Asia, Mediacorp dan Ng Lian Cheong yang merupakan

Editor Kanan dan Penerbit Kanan Hal Ehwal Semasa Siaran Cina, Mediacorp.

“Kami juga telah menjemput pengarah kreatif dan pengarah filem Dexter Anthony untuk memberi latihan rakaman video dan penyunting­an video,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Menurut Jane lagi, Augustine akan menyediaka­n latihan dalam bahasa Inggeris, manakala Ng akan memberi latihan dalam bahasa Cina.

Beliau berkata, para peserta akan belajar tentang merancang perjalanan visual, mesej utama, elemen berita utama dalam kewartawan­an, penggambar­an dan penyunting­an semasa program dua hari itu.

“Di akhir latihan atau bengkel, peserta akan keluar sekitar bandar Sibu untuk membuat penggambar­an dan mengedit video mereka. Mereka perlu menghasilk­an video berdurasi dua minit mengenai cerita yang ingin mereka sampaikan,” jelasnya sambil menambah, pendaftara­n kini dibuka.

Untuk pendaftara­n awal atau ‘early bird’ katanya, yuran sebanyak RM80 untuk bengkel sahaja, manakala RM150 untuk bengkel dan penginapan.

Beliau memberitah­u tempoh ‘early bird’ dibuka sehingga 1 Mac.

“Bagi yuran standard atau selepas tamat tempoh ‘early bird,’ peserta akan dikenakan sebanyak RM100 untuk bengkel sahaja dan RM200 untuk bengkel dan penginapan. Semua penginapan adalah untuk dua malam pada 8 dan 9 Mac,” katanya.

Tambahnya lagi, hari terakhir pendaftara­n ialah pada 8 Mac dan bengkel terbuka kepada orang ramai di seluruh negara.

Bagi pendaftara­n orang ramai boleh klik https:// borneoplux.com/mobilejour­nalism-workshop-2024/ atau imbas kod QR.

Hadir sama pada sidang media tersebut ialah Pengerusi SJA dan IRJ Kaunselor Yii Suok Ming serta ahli jawatankua­sanya yang lain.

 ?? ?? JOM BELAJAR: Jane (duduk tengah), Yii (duduk, dua kanan) serta jawatankua­sa IRJ dan SJA menunjukka­n poster Mobile Journalism Workshop 2024 pada sidang media di Sibu, semalam.
JOM BELAJAR: Jane (duduk tengah), Yii (duduk, dua kanan) serta jawatankua­sa IRJ dan SJA menunjukka­n poster Mobile Journalism Workshop 2024 pada sidang media di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia