Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk Lorong 7B, 7B5 Jalan Jerrwit mendapat ‘hadiah’ Tahun Baharu Cina

-

SIBU: Penduduk di Lorong 7B dan Lorong 7B5 Jalan Jerrwit di sini mendapat ‘hadiah’ Tahun Baharu Cina (TBC) daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Joseph Chieng.

Ini kerana jalan di lorong mereka selama ini sering dilanda banjir setiap kali hujan lebat akan dinaik taraf.

“Ini merupakan hadiah Tahun Baharu Cina saya tepat pada masanya kepada penduduk di kawasan tersebut. Projek naik taraf jalan menelan kos sejumlah RM220,000.

“Kos naik taraf jalan ini adalah peruntukan Program Transforma­si Luar Bandar (RTP) DUN Bukit Assek,” katanya ketika menyaksika­n majlis penyerahan kontrak projek naik taraf jalan tersebut antara kontraktor dan Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) di sini, baru-baru ini.

Chieng berkata, projek tersebut pada asalnya dirancang dilaksanak­an pada tahun lalu namun terdapat masalah tidak dapat dielakkan.

Menurutnya, penduduk di situ sering menghubung­inya mengadu masalah banjir di

lorong tersebut yang menyulitka­n.

“Masalah banjir di kawasan itu adalah berpunca akibat hujan lebat bukan sahaja menyusahka­n kehidupan seharian malah menyukarka­n laluan kenderaan.

“Memandangk­an keadaan mendesak, saya menggesa kontraktor bekerjasam­a dan memulakan kerja-kerja pembaikan jalan ini dengan secepat mungkin,” jelasnya.

Chieng berkata, menurut laporan Seksyen Kejurutera­an MPS jalan itu telah pun diratakan dengan batu kerikil dan kini memasuki peringkat penurapan jalan dengan tar dijangka bermula semalam.

“Saya juga merayu penduduk setempat membantu memantau perkembang­an projek tersebut. Mereka boleh menghubung­i saya pada bilabila masa jika terdapat sebarang masalah,” katanya.

 ?? ?? HADIAH RAKYAT: Chieng (tiga kanan) menyaksika­n penyerahan kontrak projek jalan tersebut antara kontraktor dan MPS di Sibu.
HADIAH RAKYAT: Chieng (tiga kanan) menyaksika­n penyerahan kontrak projek jalan tersebut antara kontraktor dan MPS di Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia