Utusan Borneo (Sarawak)

Scammer tiada belas, malah bangga dengan duit haram

Kegiatan sindiket penipuan akan terus berkembang di negara ini sekiranya tidak dibendung dengan bijaksana: Pang ”

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud Johnny Pang Leong Ming ADUN Tanjong Batu

BINTULU: Scammer tidak akan menaruh belas terhadap mangsa, malah bangga dengan duit haram, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang Leong Ming.

Menurutnya, gejala itu semakin membimbang­kan sejak kebelakang­an ini, apatah lagi melibatkan kerugian besar kepada mangsa.

“Masih ramai yang terperangk­ap dengan tipu daya sindiket penipuan ini. Sasaran sindiket ini tidak mengenal batas usia dan pangkat, sama ada tua atau muda, kaya atau miskin, yang bekerja atau yang telah berpencen,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaia­n hadiah bagi Pertanding­an Mencipta Video Pendek Anti Scam Peringkat Bahagian Bintulu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bintulu, semalam.

Pang berkata, mangsa yang terjerat dengan penipuan scammer bukan sahaja mengalami kerugian, malah boleh membawa kepada kemurungan.

“Pihak pelaku sebagai kumpulan sindiket penipuan pada dasarnya tidak akan menaruh belas ihsan, malah mereka berbangga dengan hasil penipuan duit haram,” jelasnya.

Menurutnya, kegiatan sindiket penipuan ini akan terus berkembang di negara ini sekiranya tidak dibendung dengan bijaksana.

“Mereka akan sentiasa menukar sistem dan modus operandi sama ada menukar cara penipuan kepada kaedah urus niaga gelap untuk melindungi kegiatan mereka dari dikesan oleh pihak berkuasa,” katanya.

Justeru katanya, semua pihak diseru agar berhati-hati ketika berhadapan dengan jenayah penipuan ini.

Dalam perkembang­an berkaitan, Pang menghargai usaha Majlis Tindakan Pengguna

Negara (MTPN) menganjurk­an pertanding­an itu yang harus diberi sokongan dan pujian memandangk­an kesedaran masyarakat tentang jenayah penipuan masih

pada tahap rendah.

“Usaha yang sama telah ditunjukka­n oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang tidak jemu-jemu memberi penerangan kepada masyarakat

agar sentiasa peka akan bahaya sindiket penipuan ini.

“Kepada para peserta, anda perlu melihat pertanding­an ini sebagai usaha bersama dalam membantu pihak berkuasa membantera­s kegiatan jenayah penipuan yang berlaku pada masa kini,” katanya.

Sementara itu, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bintulu Mandy Lee En Ting dan Nigel Ham Jun Jie dari Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Sibiew Chinese Bintulu masingmasi­ngnya muncul johan pertanding­an tersebut.

Tempat kedua masingmasi­ng disandang oleh Alex Hii Chee Zhe, Ariel Su Li Kiong dan Dylan Dana dari SJK (C) Siong Boon dan Aline Chin Yong En (SMK Bintulu).

Manakala tempat ketiga menjadi milik Spencer Sunang Chin, Mohammad Amirul Aiman Mohd Faris dan Fredrick Ganai Evlester Kamal (SK Bintulu) dan Elizabeth Khannu Roy (SMK Bintulu).

Hadir sama Pegawai Pendidikan Daerah Bintulu Samri Suhaili.

“Sasaran sindiket ini tidak mengenal batas usia dan pangkat, sama ada tua atau muda, kaya atau miskin, yang bekerja atau yang telah berpencen.

 ?? ?? JOHAN: Pang (tiga kanan) menyampaik­an hadiah johan kepada Mandy sambil disaksi yang lain.
JOHAN: Pang (tiga kanan) menyampaik­an hadiah johan kepada Mandy sambil disaksi yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia