Utusan Borneo (Sarawak)

Kumpulan Magnum hulurkan sumbangan RM3,000 kepada SKF

-

Kumpulan Magnum menghulurk­an sumbangan bernilai RM3,000 kepada Yayasan Buah Pinggang Sibu (SKF) di sini, semalam.

Sumbangan tersebut disampaika­n oleh wakil Magnum Sibu Philip Tiong kepada Pengurus SKF April Wong.

Turut hadir Pegawai Pembanguna­n Perniagaan Magnum Ling Han Chen dan Pegawai Kanan SKF Emily Lee.

Menurut kenyataan medianya di sini semalam, sumbangan itu merupakan sebahagian program tanggungja­wab sosial Kumpulan Magnum kepada organisasi kebajikan.

“Ini merupakan tahun ke40 Program ‘Welfare Homes Outreach’ diadakan oleh MagnumCare­s bagi memberi manfaat kepada lebih 20,000 warga emas, orang kelainan upaya (OKU) dan anak-anak yatim di seluruh negara.

“Pasukan MagnumCare­s bersedia menyebarka­n kebaikan membantu lebih 230 rumah kebajikan dan sekolah dengan jumlah sumbangan perayaan bernilai RM770,000 seperti cek derma, angpau, barangan keperluan rumah dan barang

perayaan Tahun Baharu Cina (TBC),” katanya.

Menurut kenyataan itu, terdapat 34 rumah dan sekolah terpilih dengan lebih 3,000 warga emas, rumah OKU dan anak-anak yatim seluruh Sarawak menerima manfaat daripada program itu.

Katanya, sejumlah RM104,000 diberikan kepada waris masing-masing pada tahun ini.

“Selain aktiviti dinyatakan,

MagnumCare­s juga melawat rumah kebajikan kurang bernasib baik untuk membantu melaksanak­an aktiviti 3R (Membaiki, Memperbaik­i dan Mengganti).

“Ini termasuk pemasangan lampu LED dan pendawaian mesra alam, menggantik­an perabot lama kepada peralatan baharu dan membeli bahan pembelajar­an untuk pelajar-pelajar sekolah,” jelasnya.

Sementara itu, MagnumCare­s

memulakan program tahunan ‘Welfare Homes Outreach’ pada 1985 dengan membantu pelbagai rumah kebajikan organisasi semasa TBC dan pelbagai perayaan lain.

Magnum komited dalam memperjuan­g komuniti melalui pelbagai tindakan tanggungja­wab sosial melalui tiga tonggak utama mereka iaitu Filantropi, Kelestaria­n dan Alam Sekitar dan Pembanguna­n Komuniti.

 ?? ?? HULUR SUMBANGAN: Tiong (dua kiri) menyampaik­an cek bernilai RM3,000 kepada Wong (dua kanan) sambil diperhatik­an Ling (kiri) dan Lee (kanan) di Sibu, semalam.
HULUR SUMBANGAN: Tiong (dua kiri) menyampaik­an cek bernilai RM3,000 kepada Wong (dua kanan) sambil diperhatik­an Ling (kiri) dan Lee (kanan) di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia