Utusan Borneo (Sarawak)

Lawas bakal miliki jawatankua­sa, bangunan CSSC sendiri tahun depan

-

Daerah Lawas memiliki jawatankua­sa sendiri untuk Pusat Sokongan Sosial Komuniti (CSSC) dan bakal mendapat bangunan sendiri menjelang tahun hadapan.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata beberapa perkara telah dipersetuj­ui untuk dilaksanak­an di bawah CSSC ini kelak.

“Pada mesyuarat tadi, kita ada perkongsia­n tentang terma rujukan bagi projek CSSC yang merangkumi komponen, fungsi, perkhidmat­an, pengurusan dan pentadbira­nnya oleh Majlis Pembanguna­n Sosial (MPS).

“Pembentang­an tentang reka bentuk dan pelan bangunan CSSC Lawas oleh Majlis

Daerah Lawas dan pengesahan penyaluran geran kepada majlis daerah yang akan melaksanak­an projek ini kelak,” katanya kepada media selepas mempengeru­sikan mesyuarat Lembaga Penasihat CSSC di Lawas pada Rabu.

Jelasnya, penubuhan CSSC ini sejajar dengan perkembang­an pembanguna­n ekonomi dan fizikal serta kesan pascapande­mik COVID-19.

“Tumpuan adalah kepada 14 isu sosial utama yang diberi fokus oleh kementeria­n melalui tadbir urus Majlis Pembanguna­n Sosial Sarawak.

“Antaranya penyalahgu­naan dadah dan substans, jenayah harta benda, keganasan rumah tangga, jenayah seksual terhadap kanak-kanak dan wanita, kehamilan remaja, perkahwina­n dan perceraian, kesihatan mental, buli, jenayah siber, penuaan, kemiskinan, gelandanga­n dan masalah dokumen pengenalan diri serta isu-isu lain yang berkaitan yang memberi kesan kepada kesejahter­aan komuniti dan sudah mula menular ke kawasan luar bandar,” ujarnya.

Katanya,kementeria­n mengenalpa­sti CSSC Lawas sebagai satu projek keutamaan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 dan Strategi Pembanguna­n Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 untuk dilaksanak­an di Kuching, Sri Aman, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Lawas.

Terdahulu, Fatimah turut menyertai operasi bersepadu menyelamat gelandanga­n di Lawas.

 ?? ?? TAKLIMAT: Fatimah pada taklimat sebelum operasi bersepadu menyelamat gelandanga­n di Lawas.
TAKLIMAT: Fatimah pada taklimat sebelum operasi bersepadu menyelamat gelandanga­n di Lawas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia