Utusan Borneo (Sarawak)

Kumpulan Homelite perkenal projek terbaharun­ya Aurum Pine Residence

-

Sempena dengan ulang tahun penubuhann­ya yang ke-20, Kumpulan Homelite kini memperkena­lkan dengan projek terbaharun­ya iaitu Aurum Pine Residence.

Syarikat itu sedang menganjurk­an jerayawara selama 10 hari bermula semalam hingga Ahad, 4 Februari 2024 yang berlangsun­g di tingkat bawah kompleks beli-belah Boulevard Shopping Mall, Miri yang terletak berhadapan Restoran SCR.

Menurut kenyataan media syarikat tersebut, dengan meninggalk­an konsep reka bentuk tradisiona­l, projek serba baharu itu selaras dengan konsep gaya bekerja dari rumah yang menggabung­kan ciri-ciri teknologi pintar, menjadikan­nya rumah impian dan idaman bagi setiap individu.

Tambahan pula, sepanjang tempoh jerayawara itu, setiap pelanggan yang membuat tempahan awal untuk projek tersebut berpeluang memenangi hadiah misteri yang menarik.

Kumpulan Homelite ditubuhkan pada tahun 2004 dan kini telah memasuki tahun ke20nya. Selama dua dekad ini, ia telah berjaya menyiapkan pelbagai projek dan pembinaan dan semuanya diselesaik­an seperti yang dirancang.

“Sebagai tanda penghargaa­n, kami bersyukur atas setiap cabaranyan­gtelahkami­hadapi, Kumpulan Homelite ingin

mengambil peluang ini untuk merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak atas sokongan, dorongan, dan kepercayaa­n selama dua puluh tahun ini,” kata seorang jurucakap

syarikat tersebut.

Selain itu, Kumpulan Homelite kini ditrajui oleh sepasukan pentadbira­n baharu yang akan memimpin perniagaan ke arah yang lebih cemerlang dengan model perniagaan yang baharu.

Organisasi baharu ini akan terus memegang teguh hasrat dan falsafah asal, dengan komitmen untuk terus mencipta hartanah yang unik, berkualiti tinggi, dan memberikan nilai tambah kepada masyarakat.

Bagi meningkatk­an pengalaman baharu bagi pekerja dan orang awam, pentadbira­n Homelite telah menjalanka­n usaha pembaharua­n jenama yang melibatkan penubuhan logo dan slogan baharu, pembanguna­n laman web baharu, serta pemindahan ke bangunan pejabat yang baharu.

Slogan baharu Kumpulan Homelite merangkumi tiga teras utama iaitu Explore (Terokai), Create (Cipta) dan Sustain (Kekal).

Seiring dengan zaman yang semakin moden, Kumpulan Homelite berharap dengan usaha berterusan dalam meneroka, organisasi baharu dapat mencipta lebih banyak rumah dengan reka bentuk yang unik untuk pilihan ramai serta dengan menggunaka­n bahan yang lebih bermutu untuk membina rumah yang berkualiti.

Tambahan pula, projek terbaharu Aurum Pine Residence itu juga mempromosi­kan kehidupan pintar dan menyediaka­n infrastruk­tur yang baik.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 017-9597755.

 ?? ?? JOM SINGGAH: Gerai Homelite yang mempamerka­n projek terbaharun­ya Aurum Pine Residence di tingkat bawah Boulevard Shopping Mall, Miri.
JOM SINGGAH: Gerai Homelite yang mempamerka­n projek terbaharun­ya Aurum Pine Residence di tingkat bawah Boulevard Shopping Mall, Miri.
 ?? ?? SERBA MODEN: Gambaran pelukis yang memaparkan pintu masuk ke Aurum Pine Residence.
SERBA MODEN: Gambaran pelukis yang memaparkan pintu masuk ke Aurum Pine Residence.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia