Utusan Borneo (Sarawak)

Pendedahan pendidikan awal penting bentuk insan berilmu

Ia juga mampu bentuk generasi berdaya saing, berakhlak mulia

- Oleh Kepu Sidi

BINTANGOR: Pendedahan berkaitan pendidikan awal kanak-kanak amat penting dalam membentuk kanak-kanak menjadi insan berilmu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing berkata, pendidikan awal juga landasan membentuk kanak-kanak menjadi insan berdaya saing dan berakhlak mulia.

“Konsep yang diterapkan dalam pendidikan awal mampu membentuk keperibadi­an golongan itu agar menghormat­i ibu bapa dan masyarakat.

“Selain itu, pendidikan awal membolehka­n kanakkanak terbabit menyesuaik­an diri dengan keadaan dan situasi dalam bilik darjah agar tidak mengalami kejutan.

“Kanak-kanak yang menghadiri kelas peringkat tabika turut didedahkan pelbagai aktiviti seperti mengenali abjad dan nombor, permainan berpasukan, mengasah bakat dalam pertanding­an dianjurkan dan aktiviti lain,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Program Pintar Kreatif Tabika Perpaduan dan Hari Konvokesye­n Tabika Perpaduan dan Taska

Genius Jabatan Perpaduan Bahagian Sarikei kelmarin.

Seramai 120 kanak-kanak terlibat menjayakan program itu.

Ding berkata, program itu bukan semata-mata penyampaia­n sijil dan hadiah kepada kanak-kanak tabika, malah mempunyai matlamat tersirat.

“Terdapat pelbagai mesej tersurat dan tersirat dan salah satunya memberi penghargaa­n dan suntikan semangat kepada kanakkanak agar terus berusaha mencapai kecemerlan­gan dalam dunia pendidikan dan seterusnya melahirkan insan berkualiti.

“Kita mahu golongan pendidik yang mengorbank­an penat dan lelah mereka mendidik anak-anak berasa bangga dengan usaha mereka.

“Kita berharap suasana seumpama ini diteruskan dan mendapat sokongan semua pihak agar memberi lebih banyak manfaat positif kepada kanak-kanak dan seterusnya kebaikan bangsa dan negara,” jelasnya.

Pada majlis tersebut, Ding turut menyumbang geran MRP bernilai RM10,000 kepada Pejabat Perpaduan Bahagian Sarikei untuk menaik taraf prasarana Dewan Perpaduan Sarikei.

Hadir sama Pegawai Perpaduan Bahagian Sarikei Erma Farida Yusuf dan Pengerusi Pengelola Hari

Selain itu, pendidikan awal membolehka­n kanak-kanak terbabit menyesuaik­an diri dengan keadaan dan situasi dalam bilik darjah agar tidak mengalami kejutan.

Datuk Ding Kuong Hiing ADUN Meradong

Konvokesye­n Tabika Perpaduan Bahagian Sarikei dan Taska Genius Perpaduan Bahagian Sarikei Sesi 2023/2024.

 ?? ?? SYABAS: Ding menyampaik­an hadiah kepada kanak-kanak tabika yang berjaya dalam aktiviti disertai pada majlis tersebut.
SYABAS: Ding menyampaik­an hadiah kepada kanak-kanak tabika yang berjaya dalam aktiviti disertai pada majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia