Utusan Borneo (Sarawak)

PERKESO serah bantuan buat dua penerima di Sungai Asap

-

Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) Bintulu menyampaik­an bantuan buat dua penerima di Skim Penempatan Semula Sungai Asap di sini, kelmarin.

Acara penyerahan­nya turut disertai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum Kennedy Chukpai Ugon sekali gus melawat kedua-dua mangsa dan ahli keluarga mereka.

Bagi penerima pertama, Unit Sinergi PERKESO Bintulu menyerahka­n bayaran faedah, peralatan pemulihand­anKotakPri­hatin PERKESO kepada Jomi John di Uma Kulit yang telah terlibat dalam kemalangan pada 5 November tahun lalu dalam perjalanan balik dari tempat kerja.

Keadaan ini menyebabka­n beliau yang sebelum ini bekerja sebagai mekanik di sebuah bengkel mengalami kecederaan parah di otak.

Seterusnya, lawatan kedua beliau dan PERKESO

diteruskan ke rumah mendiang Lourrence Luyuh, 51, yang meninggal dunia pada 28 November tahun lalu disebabkan ‘klebsiella pneumoniae bacteremia.’

Mendiang sebelum ini

merupakan penerima pencen ilat sejak 23 Disember 2021 yang mana setelah meninggal dunia, kes akan diproses di bawah pncen penakat.

Semakan mendapati mendiang meninggalk­an seorang isteri dan lapan anak yang mana empat daripada anak mendiang di bawah umur 21 tahun.

Justeru, isteri dan empat anaknya layak menerima pencen bulanan PERKESO.

Kennedy dalam pada itu melahirkan penghargaa­n serta terima kasih kepada PERKESO yang sentiasa membantu golongan yang hilang upaya khususnya yang melibatkan kemalangan di tempat kerja yang mana mangsa serta waris menerima bantuan sewajarnya.

“Melalui bantuan yang diberikan sedikit sebanyak akan membantu mengurangk­an beban yang terpaksa ditanggung oleh mangsa termasuk waris atau ahli keluarga yang ditinggalk­an,” ujarnya.

Beliau juga berharap agar PERKESO meneruskan prestasi cemerlang di negara ini sebagai sebuah pertubuhan yang membela nasib para pekerja dalam pelbagai sektor.

 ?? ?? SANTUNI: Kennedy (dua dari kanan) menyaksika­n penyerahan bantuan daripada PERKESO Bintulu kepada salah seorang penerima di Penempatan Semula Sungai Asap kelmarin.
SANTUNI: Kennedy (dua dari kanan) menyaksika­n penyerahan bantuan daripada PERKESO Bintulu kepada salah seorang penerima di Penempatan Semula Sungai Asap kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia