Utusan Borneo (Sarawak)

Emart lancar promosi ‘Happy All Year Long’ sempena TBC

-

KUCHING: Pasar Raya Emart melancarka­n promosi ‘Happy All Year Long’ sempena sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) bermula semalam hingga 9 Februari depan.

Menurut kenyataan Emart semalam, pihaknya mahu memberikan lebih banyak manfaat dan kegembiraa­n kepada pelanggan menerusi mengadakan pelbagai aktiviti menarik.

“Sepanjang tempoh acara, kita telah memilih 3 Februari sebagai ‘One Day Sale,’ selain promosi pelbagai produk TBC.

“Turut diadakan cabutan bertuah, serta edisi bantal boneka yang terhad dan angpau yang menampilka­n maskotnya Sara dan Wak.

“Kami juga mengadakan sambutan Lunar Naga di Emart bagi membawa kegembiraa­n pulang ke rumah,” katanya.

Pada masa sama, pelanggan boleh menebus bantal boneka dengan hanya mengumpul lima kupon untuk mendapatka­n satu edisi terhad bantal berkenaan.

Dapatkan satu kupon juga untuk setiap pembelian RM138 dan ke atas dalam satu resit di Emart atau cawangan Xpress, tertakluk kepada terma dan syarat untuk penebusan angpau Sara dan Wak di Kaunter Keahlian Emart.

Pemenang cabutan bertuah ‘Golden Wednesday Emart’ pada setiap Rabu (24 Januari, 31 Januari dan 7 Februari) sepanjang tempoh promosi dengan pemberian 5 gram emas bernilai RM1,988 setiap satu unit untuk cawangan Emart Tabuan Jaya, Batu Kawa dan Matang sahaja.

Sementara untuk Emart

Moyan dan King Centre adalah pada hari Rabu (7 Februari) sahaja.

Selain itu, hadiah kedua adalah baucar tunai Emart bernilai RM150 dan hadiah ketiga adalah RM100 baucar tunai Emart dan hamper kepada pemenang sagu hati.

Untuk menyertai keduadua cabutan bertuah tersebut, pelanggan harus berbelanja RM168 atau lebih dalam satu resit dan bawa borang ke Emart (Tabuan Jaya, Matang, dan Batu Kawa) pada hari 24 Januari, 31 Januari ataupun 7 Februari untuk memasukkan borang ke dalam kotak yang disediakan pada jam 6.30 petang hingga 7 malam.

Untuk Emart Moyan dan King Centre, pelanggan hanya boleh memasukkan borang pada hari 7 Februari, 6.30 petang hingga 7 malam.

Eksklusif untuk ahli Emart sahaja (pelanggan pasar raya) dari 19 Januari sehingga 8 Februari, bazar Tahun Baru Cina Emart akan dibuka di Emart Batu Kawa bermula jam 2.30 petang hingga 10 malam.

Selain itu, bazar kecil Tahun Baharu Cina di Emart Moyan akan bermula dari 29

Januari hingga 9 Februari 2024 dengan waktu operasi dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Turut diadakan persembaha­n tarian singa pada 28 Januari di Emart Moyan, Emart Matang (3 Februari), Emart Batu Kawa (13 Februari), Emart King Centre (15 Februari) dan Emart Tabuan Jaya (18 Februari).

Semua cawangan pasar raya Emart akan beroperasi seperti biasa sempena dengan perayaan TBC ini.

Bermula dari 1 hingga 8 Februari 2024, hanya cawangan pasar raya Emart Moyan, King Centre dan Matang akan dilanjutka­n sehingga jam 11 malam.

Manakala, Emart Sejingkat akan mempunyai waktu operasi yang dilanjutka­n sehingga jam 10 malam.

 ?? ?? JANGAN LEPASKAN: Emas 999 seberat 5 gram setiap satu bernilai RM1,988 untuk dimenangi setiap minggu.
JANGAN LEPASKAN: Emas 999 seberat 5 gram setiap satu bernilai RM1,988 untuk dimenangi setiap minggu.
 ?? ?? PELBAGAI: Pelbagai pilihan sempena jualan Tahun Baharu Cina.
PELBAGAI: Pelbagai pilihan sempena jualan Tahun Baharu Cina.
 ?? ?? TAHNIAH: Para pemenang ‘Golden Wednesday Emart’ Rabu lalu.
TAHNIAH: Para pemenang ‘Golden Wednesday Emart’ Rabu lalu.
 ?? ?? DAPATKAN: Angpau Sara dan Wak.
DAPATKAN: Angpau Sara dan Wak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia