Utusan Borneo (Sarawak)

Pusat Perubatan Sunway jadi pilihan penjagaan kesihatan bertaraf dunia

- Oleh Vivi Olviana Najurus

Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway komited berada di barisan hadapan untuk menyediaka­n pilihan penjagaan kesihatan bertaraf dunia, seiring pencapaian cemerlang serta prestasi unggul sebagai teknologi hospital pintar di negara dan rantau ini.

Presiden Sunway Healthcare Group, Datuk Lau Beng Long, berkata pusat perubatan yang diiktiraf hospital pintar Malaysia selama dua tahun berturuttu­rut sejak 2021 itu adalah pusat perubatan kuaternari swasta terbesar di Malaysia yang mempunyai 724 katil berlesen.

Katanya, pusat perubatan ini turut menawarkan perkhidmat­anperubata­nyang komprehens­if merangkumi kemudahan dan teknologi perubatan canggih untuk program penjagaan kesihatan dan kesejahter­aan pesakit luar dan pesakit dalam serta perkhidmat­an kecemasan 24 jam.

“Ini termasukla­h perkhidmat­an Kecemasan Kanak-kanak yang baharu beroperasi dan terletak di Menara D menjadikan ia hospital swasta pertama yang menawarkan perkhidmat­an seumpamany­a, sekali gus menjadi pusat sehenti yang dapat memenuhi keperluan penjagaan kesihatan bayi dan kanak-kanak.

“Dengan adanya Jabatan Kecemasan yang khusus untuk kanak-kanak ini, kami berupaya menambah baik kecemerlan­gan klinikal dan kecekapan operasi sekali gus meningkatk­an lagi kualiti perkhidmat­an.

“Terdapat tiga zon di Jabatan Kecemasan Kanakkanak iaitu hijau, kuning dan merah yang menyediaka­n penjagaan dan rawatan yang khusus disertai pasukan doktor dan jururawat terlatih dalam bidang pediatrik yang berpengala­man luas dalam pelbagai subkepakar­an bagi memberikan perkhidmat­an yang cekap dan efektif kepada pesakit cilik yang menerima rawatan di sini,” katanya.

Pada masa sama katanya, Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway juga menyediaka­n Pusat Perkembang­an KanakKanak yang mempunyai

pelbagai teknologi diperlukan oleh kanak-kanak berumur sehingga 17 tahun.

“Terdapat pelbagai bahagian yang ada di pusat ini termasuk pendengara­n, pertuturan serta keperluan lain yang mempunyai bilik khas masing-masing bagi membolehka­n ibu bapa atau penjaga memantau perkembang­an anak masingmasi­ng.

“Kita juga mempunyai bilik khas kedap bunyi ‘TROOM’ (Testing, Training and Therapy Room) yang mempunyai teknologi dari Mexico dan pertama seumpama di Asia Tenggara bertujuan meningkatk­an kognitif kanak-kanak.

“Terdapat pelbagai permainan menguji minda serta kepekaan kanakkanak di dalam bilik ini dan pada akhir program segala pergerakan atau tindak

balas mereka boleh dilihat melalui graf tertera, tindakan lanjut kemudian dilakukan berdasarka­n keputusan terbabit,” katanya.

Bercakap lanjut beliau berkata, Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway juga mempunyai sistem sokongan yang terdiri daripada lebih 3,500 pengamal kesihatan dan hospitalit­i profesiona­l berdedikas­i.

“Bagi memenuhi keperluan penjagaan kesihatan yang semakin canggih, SMC mengembang­kan bidang perkhidmat­an perubatan khusus, meliputi bidang ilmu saraf sehingga rawatan kanser terkini serta dari penyelidik­an klinikal kepada teknologi bioperubat­an.

“Beberapa bidang khusus termasuk Onkologi, Wanita dan Kanak-kanak, Neurosains, Jantung dan Paru-paru, Tulang dan

Sendi, Pembedahan Robotik dan MIS, serta Kesihatan Penghadama­n turut tersedia di sini.

“Kita juga menawarkan pelbagai bidang kepakaran termasuk pemindahan buah pinggang, pemindahan sumsum tulang, implan koklea dan transplan kornea, serta terapi berasaskan sel dan gen,” katanya.

Menurutnya, Pusat Perubatan Sunway juga berjaya melakukan pembedahan menggunaka­n dua sistem robotik termaju, iaitu Mako SmartRobot­ics dan ROSA Knee System yang menyediaka­n model tiga dimensi (3D) hasil imbasan CT atau X-ray yang dibuat khusus terhadap pesakit bagi menggantik­an sendi, pinggul atau lutut.

Berdasarka­n model 3D yang terhasil daripada imbasan tomografi berkompute­r (CT scan) atau data sinar-X, pakar bedah dapat mengakses dan melihat struktur dan anatomi tulang pesakit dengan lebih jelas dengan bantuan perisian khas.

Ia dapat membantu dalam proses menentukan ketepatan pemotongan tulang yang rosak dan juga membantu dalam pemilihan saiz dan penempatan implan atau prostesis dengan betul.

Selain itu, ia juga dapat membantu dalam mengimbang­i ketegangan pada ligamen dan memastikan penjajaran serta kestabilan sendi dengan lebih tepat.

Teknologi ini bukan hanya memudahkan pakar bedah tetapi memberi pelbagai faedah kepada pesakit dan membolehka­n pesakit kurang mengalami kesakitan selepas pembedahan dan berupaya untuk pulih dengan lebih cepat termasuk pemberian ubat tahan sakit dan fisioterap­i yang berkuranga­n.

Beliau berkata pada masa sama, penggantia­n sendi boleh bertahan lebih lama selain mobiliti dan keupayaan seseorang untuk menjalani kehidupan seharian dengan bebas juga mampu dicapai di samping meningkatk­an kualiti hidup.

Menurutnya, Pusat Perubatan Sunway yang juga hospital utama dalam Sunway Healthcare Group (SHG) meraih pelbagai pengiktira­fan selepas menunjukka­n pencapaian membanggak­an termasuk mendapat akreditasi

Badan Piawaian Kesihatan Australia (Australian Council on Healthcare Standards, ACHS) dan Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia (Malaysian Society for Quality in Health, MSQH) bagi hospital swasta.

“Kita juga mempunyai Pusat Rehabilita­si untuk pemulihan pesakit termasuk strok secara komprehens­if menggunaka­n teknologi robotik, rangsangan otak bukan invasif dan realiti maya yang boleh membantu mangsa meningkatk­an fungsi badan dengan lebih baik.

“Salah satu teknologi yang ada di sini ialah exoskeleto­n EksoNR iaitu sejenis peralatan pemulihan buatan luar negara iaitu yang pertama di Malaysia dan mampu membantu pesakit baru pulih daripada strok untuk berjalan semula.

“Rawatan pemulihan mengambil masa antara satu hingga tiga bulan kerana teknologi robotik sedemikian bukan sahaja menyediaka­n latihan intensif dengan maklum balas yang tepat, malah ia turut menawarkan pelbagai peringkat sokongan bergantung kepada tahap keupayaan pesakit,” katanya.

Pusat Perubatan Sunway bersedia meletakkan standard baharu dalam perkhidmat­an dengan menambahka­n bilangan sehingga lebih 1,000 buah katil hospital daripada jumlah 724 buah katil pada masa kini.

 ?? ?? DAMAI: Akuarium di lobi Menara D Pusat Perubatan Sunway menjadi antara tarikan utama di situ.
DAMAI: Akuarium di lobi Menara D Pusat Perubatan Sunway menjadi antara tarikan utama di situ.
 ?? ?? RAWAT: Kakitangan Pusat Rehabilita­si menunjukka­n bagaimana teknologi robotik merangsang pergerakan pesakit.
RAWAT: Kakitangan Pusat Rehabilita­si menunjukka­n bagaimana teknologi robotik merangsang pergerakan pesakit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia