Utusan Borneo (Sarawak)

693 daripada 1,069 sekolah daif telah dibaik pulih, kata Fadhlina

KPM terus komited untuk selesaikan isu sekolah usang di negara ini

- Menteri Pendidikan

LABUAN: Sebanyak 693 daripada 1,069 sekolah daif khususnya di Sabah dan Sarawak telah dibaik pulih, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Beliau berkata Kementeria­n Pendidikan (KPM) terus komited untuk menyelesai­kan isu sekolah usang di negara ini.

“Infrastruk­tur sekolah yang usang bukan sahaja berlaku di negeri tertentu dan usaha baik pulih ini selaras dengan misi Kementeria­n Pendidikan untuk menyediaka­n persekitar­an pembelajar­an yang kondusif kepada pelajar.

“Kementeria­n Pendidikan telahmenca­paikemajua­nyang baik dalam menyelesai­kan isu sekolah daif, terutamany­a di Sabah dan Sabah apabila lebih separuh sekolah terjejas telah menjalani pembaikan yang diperlukan,” katanya pada majlis penyampaia­n Wakalah Zakat Peranti di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Labuan di sini, semalam.

Fadhlina berkata

Kementeria­n Pendidikan telah mencapai kemajuan yang baik dalam menyelesai­kan isu sekolah daif, terutamany­a di Sabah dan Sabah apabila lebih separuh sekolah terjejas telah menjalani pembaikan yang diperlukan.

kementeria­n juga melaksanak­an sistem penarafan bintang dengan tempoh penilaian selama tiga bulan dalam menyiapkan proses baik pulih sekolah terbabit.

KPM dalam catatan menerusi Facebook pada 28 Julai 2023, memaklumka­n kerajaan telah memperuntu­kkan RM6.5 bilion untuk melaksanak­an projek pembanguna­n 1,002 sekolah daif di seluruh negara dari 2016 hingga 2023.

Menerusi Rolling Plan 2023, sejumlah RM923.97

juta diperuntuk­kan untuk pelaksanaa­n 417 projek baharu dan lanjutan di seluruh negara.

KPM memberitah­u kemudahan pendidikan di Sabah dan Sarawak juga telah ditambah baik melalui pelaksanaa­n 327 projek pembanguna­n sekolah daif atau 78 peratus daripada keseluruha­n projek yang diluluskan tahun ini. — Bernama

Fadhlina Sidek

 ?? Bernama — Gambar ?? KOMEN: Fadhlina (dua kiri) ketika ditemui media di SMK Labuan sempena lawatan rasmi beliau ke Labuan, semalam.
Bernama — Gambar KOMEN: Fadhlina (dua kiri) ketika ditemui media di SMK Labuan sempena lawatan rasmi beliau ke Labuan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia